Sunday, August 9, 2009

Mendidik Anak Solat

Assalamualaikum...
Artikal ini abah jumpa dalam internet.. tak ingat dah datang dari mana sebab abah suka copy paste jo mana-mana artikal yang menarik dalam fail word. tapi apa yang ingin dikongsikan oleh penulis rasanya boleh dikongsi bersama untuk sama-sama mendidik anak-anak dizaman yang penuh mencabar ini...

Tips solat:

1. Fokuskan minda anak pada ibadat sembahyang sebulan dua bulan sebelum kita mula mengajar dia solat. Beritahu dia baik-baik yang solat tu orang Islam wajib kerjakan. Sebagai kanak-kanak mereka kena berlatih supaya mudah bila sampai masanya nanti.


2.Jangan paksa dia, tapi dorong dan tanamkan dalam jiwa & mindanya

3.Hantar ke sekolah tadika atau KAFA untuk dia fasih membaca bacaan sembahyang spt niat, tahiyyat, iktidal, ruku' dsbnya. Kalau banyak masa, mengajar sendiri lebih afdal.

4.Ajar dan perhatikan dia ambil wudhu'...begitu juga lafaz niat.

5. Beritahu dia Nabi suruh anak-anak berlatih sembahyang dari umur 7 tahun, dan pada umur 10 tahun anak-anak boleh dirotan (sekadar utk mengajar) kalau ingkar dan malas.

6.Belikan dia telekung /songkok yang dia suka.

7.Pada awal latihan solat, biar dia baca kuat-kuat..kita boleh menegur dan memperbetulkan bacaannya waktu itu. Perhatikan pergerakan tubuh dia, ajar cara duduk,qiam, takbir, ruku', sujud dan sbgnya.

8. Jangan limitkan tempat utk dia berlatih memperbaiki bacaan solatnya...pada bila2 masa saja, uji kefasihan dia...sambil aku masak, sambil sikat rambut dia, sambil jalan-jalan dlm kereta suruh dia baca niat solat, surah ayat lazim, tahiyyat dsbnya.

9.Dorong dia dgn pujian kalau dia semakin fasih membaca dan semakin rajin solat. Beritahu Allah sayang dan mak ayah pun sayang sangat2.

10. Ajak dia dan adik beradiknya solat jamaah sama-sama kalau ada kelapangan masa di rumah.

11. Bersabar lihat karenah dia masa peringkat awal mengajar sembahyang...kadang2 tu kita tengah solat pun tak khusyuk sbb dia baca sekuat hati, nak tergelak pun ada kadang tu.

12. Doa pada Allah agar dia tiupkan roh Islam, Iman dan Amal dalam jiwa anak kita.

13. Atur jadual harian dia, ada waktu tengok TV, main, belajar dan solat...pastikan dia tak buat mcm2 alasan...budak-budak biasa arr kadang tu dia cakap sakit kakilah, sakit perutlah...

14.Beritahu dia sifat Allah adalah Maha Melihat dan Maha Mendengar...so, jgn menipu dalam solat walaupun ibu bapa tak nampak ketika tu.

15. 2-3 bulan selepas dia semakin mahir membaca bacaan solat, ajar dia untuk baca pelan-pelan seperti

orang dewasa. Awasi selalu ketika dia solat sbb budak-budak ni cepat lupa...kadang tu solat maghrib pun 2 rakaat jer, tahiyyat awal rakaat ketiga pun ada...biasalah tu.

16.Mula bawa bersama telekung dia kalau ke mana2 mcm kita juga, so kalau jalan jauh, ajak dia solat sekali kat R& R atau masjid/surau.

17.Jangan paksa dia cepat pandai dalam sekelip mata...kena sabar banyak2...Nabi beri tempoh yang cukup dr umur 7 thn ke 10 tahun untuk mahir.....so, 3-4 tahun tu cukup untuk pengisian latihan dan didikan yang berpanjangan..."Practice Makes Perfect".

18. Ibu bapa adalah contoh terbaik anak-anak...jgn suruh dia solat, tapi kita leka tengok TV atau main komputer.

Alhamdulillah, bermula Disember 2008, sehingga kini, Kika telah mula mencintai solat...menitis air mata seorang ibu melihat anaknya solat sendiri dengan bacaan yang jelas ketika waktu Maghrib di Tambun, Ipoh waktu kami bercuti dulu...malah sepupu Kika, Pia (11 thn) terus mendakap dan memeluknya selesai dia mengucapkan salam yg kedua...kepuasan yg aku rasa berganda2 berbanding kegembiraan melihat dia mula pandai membaca 2 tahun dulu...dan satu pengalaman lagi, bila kika membaca doa selepas Subuh, ketika itu aku berada hampir dgn dia...dgn ayat seorang budak,dia memanjatkan doa "rabbigfirli waliwalidaiyaa...warhamhuma kama rabbayani saghira..." dan semakin syahdu bila dia menghadiahkan fatihah...

semoga apa yang dikongsi ini berguna untuk kita semua..

Monday, July 27, 2009

Sembahyanglah kamu!!

"Sembahyanglah kamu sebelumkamu disembahyangkan... "

orang kata kalau nak melentur buluh, biarlah dari rebunnya..
kalau nak mendidik anak, biarlah bermula dari kecil lagi...
abah nak sangat anak abah pandai solat sejak kecil lagi..
harapan abah agar anak abah menjadi seorang al hafiz. anak yang hafaz al quran
insyallah akan dapat memberi syafaat kepada ibubapa mereka..

alhamdulillah seminggu yang lepas, abah telah membawa Muhammad Amin sembahyang di masjid. setakat ini sembahyang asar dan sembahyang isyak...
suka sangat.. orang kata pucuk dicita ulam mendatang..
selepas itu setiap hari mesti mengajak abah datang ke masjid setiap kali azan asar dan isyak... sekaligus ini setidaknya akan memberi kekuatan kepada abah untuk sama2 turun solat berjemaah di masjid. lagipun sekarang ini ada lebih kurang 25 hari lagi nak puasa.
insyallah puasa nanti boleh kita tingkatkan lagi amalan ibadat kita. kadang -kadang nak istiqamah solat dimasjid.


setakat ini.. alhamdulillah, amin mengikut kata.. tidak merengek atau buat kacau di masjid..
dia ikut sama2 solat di belakang..
sesekali kedengaran suara Muhammad Amin yang agak kuat memecahkan suasana.
setiap kali nak pergi kemasjid abah dan Ummi akan pesan...
Amin kalau di masjid jangan Bi SING.... jangan La RIIII... dan Duduk Ju RUSSS..
dia akan sambung apa yang kita cakap bahagian belakang..


ya Allah ya Tuhanku semoga aku istiqamah dalam melakukan ibadah kepada mu..
jadikanlah anak-anakku anak yang soleh..
anak-anak yang taat kepada suruhanmu..
anak yang taat kepada kedua ibubapanya..
berikanlah pertolongan kepadaku dan jadikalah aku termasuk dalam golongan orang yang diredhai olehmu...


Balik Kampung...

Pada khamis lepas , kitaorang semua balik kampung di wakaf bharu... untuk release tension dan tenangkan minda. lagipun lama dah tak balik..
ambil cuti sehari hari khamis... perabiskan cuti tahun nie...
ada lebih kurang 3 hari lagi untuk tahun nie..

kitaorang bertolak jam 9.30 pagi.. dan sampai disana lebihkurang kul 2.30 petang..
letih gak tapi balik kampung punya pasal takdok masalah..
sebelum sampai kita singgah kejap di kawasan perkhelahan jeram lenang di pasir putih..
kesian tengok amin dan iman berada dalam keta sehari suntuk..

lama dah sebenarnya abah tak pergi ke jeram linang.
semakin cantik dan persekitarannya mendamaikan. sesuai untuk bawa keluarga mandi manda.
asal tu nak lepak2 jo ambil angin... amin dok bising nak bagi. tapi abah tak bagi..
tengok jo orang mandi..
last-last sekali amin bagitahu dia berak... abah.. uth...unth..!! abah uth..uth...
pandai dio nak lebong abah.. padahal tak berak pun.. sajo jo nak mandi..

last-last abah bawa amin turun mandi kejap..
alahai.. sejuk and nyamannya dia punya air..

iman dan ummi tengok dari atas.. lebih kurang 30 jam di Jeram linang kitaorang pun teruskan perjalanan balik.. apa lagi.. tokma terkejuk la tengok cucu kesayangan nya balik..
Tok Ayah masih ditempat kerja dan terus balik bila telefon Amin balik...
cucu Tok Ayah laaa..

2 hari rasa kejap jo... nak makan buah-buahan pun tak puas..
sekeliling rumah Tok Ayah nie ada laa buah manggis@ seto, Rambutan, salak dan sepohon pokok durian.. lebat juga buahnya.. apa lagi kitaorang pulun jo laaa..
didurian mas nie banyak juga buah-buahan tetapi makan buah-buahan di kebun sendiri nikmatnya lain macam sikit...

alhamdulillah kitaorang sampai semula ke durian Mas pada hari sabtu.. bertolak pada 10.30 dan sampai lebih kuarang jam 6.30 jugak.
singgah sekejap di rumah mak cik nor.. tengok dia punya baby baru..
alahai esoknya sekolah pulak..
bagaimanapun alhamdulillah......



Sunday, July 19, 2009

mUTIARA KATA kElUARGA bAHAGIA


Mutiara kata Keluarga Bahagia
  • Bahagiakanlah keluarga kita sebelum membahagiakan orang lain.
  • Kesolehan keluarga menjadi penentu bagi tegaknya sesuatu bangsa yang aman, makmur dan sejahtera.
  • Sebahagian dari kesempurnaan kebahagiaan di dunia adalah memiliki keluarga yang bahagia.
  • Ciri orang yang mencintai keluarganya adalah dia selalu bersabar dalam mendidik akhlak dan keimanan keluarganya.

  • Seorang yang bekerja keras untuk menunaikan tanggung jawab kepada keluarganya adalah bukti kasihnya kepada keluarganya.
  • Tingginya darjat suami ditentukan oleh perjuangannya menjadi pemimpin rumah tangga, sehingga dituntut menjadi teladan yang baik bagi keluarga yang dipimpinnya.
  • Sesungguhnya keluarga itu tempatnya yang aman dan selesa dalam berkongsi suka dan duka.
  • Kasih sayang yang terjalin diantara anak dan ibubapa mampu melahirkan sikap jujur dan terbuka.
  • Kekuatan cinta yang tulus mampu menggerakkan lisan untuk senantiasa berterima kasih kepada pasangan, anak ataupun ibubapanya.
  • Mencintai keluarga adalah amanah bagi setiap manusia.
  • Pecinta keluarga tidak akan membiarkan dalam rumahnya berlaku keburukan dan kemaksiatan.
  • Anak-anak lebih memerlukan contoh dan keteladanan dari kedua ibu-bapa mereka daripada celaan dan kekerasan.
  • Kehidupan kita akan berubah apabila dimulai dengan perubahan diri, keluarga dan persekitaran.

  • Mahkota orang tua adalah anak cucunya dan kehormatan anak-anak adalah kerana nenek moyang mereka.
  • Apabila setiap ahli keluarga saling mencintai, menyayangi, dan saling mengalah, nescaya seluruh masyarakat akan menjadi baik, aman dan damai.
  • Keharmonian keluarga terletak pada sikap tanggungjawab dan terbangunnya komunikasi yang sihat diantara ahli keluarga.
  • Komunikasi dalam keluarga akan senantiasa terpelihara selama komunikasi dengan Allah pun tetap terjaga.
  • Keluarga yang dekat dengan Allah akan menjadi keluarga yang layak ditolong olehNya dalam setiap urusannya.
  • Rasul saw bersabda, paling dekat dengan ku kedudukannya kelak pada hari kiamat adalah orang yang paling baik akhlaknya dan sebaik-baik kamu ialah yang paling baik terhadap keluarganya.
  • Barangsiapa bersusah payah mencari nafkah untuk keluarganya, maka dia adalah seumpama seorang mujahid dijalan Allah.
  • Warisan termahal dan terbaik dari diri kita untuk keluarga, keturunan, dan masyarakat adalah keindahan akhlak kita.
  • Allah mencintai orang-orang yang selalu berjuang memperbaiki diri, keluarga dan masyarakat.
  • Cintailah suami atau isteri kita dengan memuliakan ibubapa dan keluarganya.
  • Bagaimana kita bersikap kepada anak-anak kita, begitu pulalah mereka akan bersikap kepada kita. Maka berikan sikap yang terbaik kepada mereka
  • Jika Allah cinta kepada sebuah keluarga, maka salah satu cirinya ialah keluarga itu dibukakan hati untuk ilmu agama.
  • Kebahagiaan sesuatu keluarga bukanlah diukur dari segi mata-benda, tapi sejauh mana keta’atan keluarga kepada Allah.
  • Ibadah seorang ibu adalah modal bagi lahirnya anak-anak yang soleh yang akan menjadi benteng bagi ibubapanya kelak di akhira

Saturday, July 18, 2009

Doa untuk Ibu dan Ayah

DOA UNTUK IBU BAPA
__________________

Ya Allah ya Tuhan ku,
Aku menghulurkan kedua tanganku yang hina ini,
memohon Engkau limpahkan rahmat dan hidayahMu.
Terasa terlalu lemah diri ini tanpa pertolonganMu yaAllah.

Ya Allah
Segala pujian bagiMu Tuhan Sekelian Alam.
Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Tuhan Pemerintah hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan
kepadaMu kamimemohonpertolongan
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus
Jalan orang-orang yang Engkau telah
kurniakan nikmatkeatas mereka
Bukannya jalan orang yang Engkau murkai
dan bukan pula orang-orang yang sesat.

Ya Allah
Ya Zaljalaaliwalikrom
Ampunkan dosa-dosa ku kepada Mu ya Allah.
Aku terlalu lemah dengan godaan syaitan,
aku masih melakukan maksiat walaupun ku tahu ianya
Engkau murkai,
aku masih lalai dalam ibadat walaupun ku tahu ianya
Engkau tuntuti.
Ya Allah, teguhkanlah iman ku, kuatkanlah hatiku,
Kurniakanlah kepadaku hidayahMu, taufiqMu dan
lindunganMu
Jauhilah aku dari segala laranganMu,
Dekatkanlah aku dengan segala suruhanMu,
Tanamlah rasa benci dihatiku kepada maksiat,
Tanamlah rasa cinta dihatiku kepada ibadat.

Ya Allah, Ya Rahim Ya Karim
Jadikanlah aku hambaMu dan umat Muhammad SAW yang
beriman kepadaMu dan
berbakti kepada kedua ibubapaku.
Ya Allah, ampunkanlah dosa kedua ibubapaku
kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku ketika aku kecil
bukakanlah pintu hati mereka untuk beriman kepadaMu
aku terlalu banyak terhutang budi kepada mereka ya Allah
terlalu banyak budi mereka yang ku balas dengan
menyakiti hati mereka

kasih sayang mereka kubalas dengan kata-kata menentang
sedangkan ku tahu,
Engkau melarang menyebut walaupun perkataan "huh"
kepada mereka.
Didikan dan asuhan mereka aku ambil ringan.
Aku lupa ya Allah, berkat usaha, asuhan dan didikan
merekalah aku berjaya
kini, keselesaan sanggup dilupakan ketika mengandungkan aku
kesakitan yang amat sangat sanggup dilalui ketika melahirkan aku
tidur malam mereka aku ganggu
titik peluh mereka basah kering demi membesarkan aku
tidak pernah mereka mengadu letih
tidak pernah mereka mengadu sakit
lauk yang dimulut sanggup mereka luah untuk diberikan kepadaku
harta yang dikumpul sanggup dilepaskan untuk pendidikanku
namun selama ini aku lupa semua itu ya Allah
kerana mereka tidak pernah merungut kepadaku ya Allah
kerana mereka tidak pernah mengadu kepadaku ya Allah

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
dimalam ini aku terkenang semua itu
dimalam ini aku mengadu kepadaMu ya Allah
dimalam ini aku memohon sepenuh hati kepadaMu ya Allah
rahmatilah mereka, ampunilah dosa-dosa mereka,
dan sekiranya ketika ini mereka Engkau siksa didalam
kubur ya Allah
aku memohon agar Engkau hentikanlah ya Allah
aku memohon agar jangan Engkau siksa ibubapaku ya Allah
aku tahu ya Allah mereka terlalu lemah dan tidak mungkin
dapat menahan siksaanMu yang amat pedih itu ya Allah
Perkenankanlah doa ku ini dan jadikanlah ini doa anak yang soleh
yang Engkau janjikan akan diperkenankan ya Allah yaTuhanku.

Maha Suci Allah Yang Maha Besar
Engkau jadikanlah anak-anak ku dari orang-orang yang soleh
yang mendoakan keampunanku daripadaMu ya Allah
jadikanlah mereka sebagai anak kunci pintu syurga ku ya Allah
dan jangan Engkau jadikan mereka anak kunci ku ke nerakaMu
Teguhkanlah iman mereka ya Allah
jauhilah mereka dari siksaMu ya Allah.
Tuhan Sekelian Alam.
Amin.Amin Ya Rabal a'lamin.........

Ma dan Ayah


Terlanjur bercakap tentang ibubapa nie... Abah nak bercerita tentang serba sedikit tentang ibubapa abah. tanpa diorang siapa lah abah.. mungkin tidak menjadi abah, guru dan sebagainya..
terima kasih Ma dan Ayah kerana telah mendidik kami semua. semoga Allah Panjangkan umur dan memberikan kesihatan yang baik untuk sentiasa beribadat kepada mu ya Allah...



ayah...
Nama diberi Md Yusuf bin Abdullah. Seorang tukang kebun di Sk Pasir pekan. sesorang yang bekerja kuat untuk membesarkan anak-anak. sekarang nie beliau sudah berumur 52 tahun dilahirkan pada 9 april 1957 di kg kebakat, wakaf bharu. Tinggal 4 tahun lagi untuk bersara. seorang yang begitu tegas.. bekeng la jugak... kena pukul dan rotan serta kejar tu biasa laaa semasa kecil dahulu.. maklumlaa 4 beradik lelaki yang hampir sebaya... berbalah, bergaduh dan bertengkar tu biasa jo....
seorang yang begitu menyayangi anak2. walaupun kitaorang agak susah pada masa dahulu tetapi kita tak pernah merasa kita nie susah. ini kerana walaupun susah, makanan cukup. ayah akan membeli walaupun terpaksa berhutang jika kitaorang nak makan. pendek kata, jika anak orang lain makan durian.. kita juga dapat makan durian..
pernah satu ketika ayah membeli se' jok' buat pauh( mangga siam) semasa dapat gaji untuk menjamu anak-anak.


Ma...
Nama di beri Jamaliah Binti Ibrahim..seorang ibu yang begitu penyanyang. dilahirkan pada 26 Disember 1962. sekarang ini berumur 47 tahun. masih muda lagi...he..hee . merupakan seorang suri rumah sepenuh masa... sebelum menjadi suri rumah sepenuh masa.. ma bersusah payah telah melakukan berbagai kerja untuk membantu ayah membesarkan kitaorang. pernah ke sawah untuk menanam padi di tengah jerit mentari.. pernah kerja di kantin sekolah..
keluar 6.30 pagi dan 6.30 petang baru balik ke rumah, pernah juga kerja ditempat conteng batik, mengalour batik, kerja buat kuih.. dan macam-macam lagi.. pengorbanan yang begitu besar demi membesarkan anak-anak. last sekali kerja di kilang roti kat kampung. dan alhamdulillah baru berhenti tahun lepas selepas kurang sihat. tu pun setelah beberapa kali suruh berhenti .. ikutkan hatinya nak kerja lagi.. sebab Anak bongsu.. na belum habis lagi belajar di Upsi. sekarang nie baru tahun ke 3.

walaubagaimanapun abah begitu respek kepada ma dan Ayah yang berjaya mendidik anak-anaknya walaupun menempuh satu kehidupan yang agak susah. walaupun tidak berpelajaran tinggi...

alhamdulillah...
terima kasih ma dan Ayah..
pengorbanan mu hanya ALLah yang mampu membalasnya...


Cucu tok Ayah..



kasih sayang ibubapa dengan anak ini, Allah kurniakan begitu kuat... kita akan teringatkan anak2 lebih daripada ibu bapa lagi.. sedangkan ibubapa kita lah yang melahirkan kita... camna boleh jadi begitu ?

Dahulu sewaktu balik kampung.. sampai jo.. mesti kita begitu dirai.. sayangnya ibubapa kepada kita..
tapi sekarang sampai je.. ma dan ayah terus pergi tengok cucu dahulu..
tak tanya doh kita.. masing-masing ambil satu seorang.

semasa Muhammad Amin berseorangan dahulu, dialah yang menjadi intan payung nenek dan datuknya.. dan Muhammad amin begitu manja dengan tok Ayahnya..
asyik berkepit ngan tok ayah sahaja.. ngan tok ma pun tak nak pergi..
maklumlah cucu tok Ayah.. petang2 jo mesti pergi masjid round ngan motorsikal.

lagipun tarik lahir Muhammad Amin dan Tok Ayah adalah sama. Amin dilahirkan pada 9 april 2007 manakala Tok Ayah dilahirkan pada 9 April 1957. lebihan pula amin adalah cucu sulong..
asyik berkepit nagn tok Ayah doh.... sampai jelouse tok Ma dia..


sekarang nie pulok...
Kehadiran Muhammad Iman menambahkan lagi keceriaan
keluarga dikampung.. jadi sekarang ada cucu seorang satu. Muhammad Amin ngan Tok Ayah manakala Muhammad Iman ngan Tok Ma.. dah dapat seorang satu.. takdok jelous doh
sekarang nie boleh dikatakan setiap minggu telefon nak bercakap nagan cucu.. kadang2 bercakap seorang jo.. amin buat kerja lain.. kalau dia nak cakap... bising jo dan kalau dia malas, dia buat tak tahu jo.... iman pulak kalau tunjuk handset.. takdok kerja lain asyik nak kulum jo.. abis air liur kat handset abah..

diorang takpo.. janji boleh dengar suara cucu-cucu kesayangan pun ok dah..
lagipun diorang sunyi gak. dok berduan jo.. anak2 habis keluar. tak lekat kat rumah.
tu laa orang dulu2 kata... anak2 yang ramai nie, ada waktu kechik jo..
bila besar masing-mabsing pakat bawak haluan masing-masing..
tinggal la ma dan ayah jo... berdating!!


kita tidak merasa apa yang dirasa oleh ibubapa kita tetapi insyallah kita akan merasa sepertimana mereka setelah kita melaluinya nanti..
apa yang penting jangan lupa kepada mak dan Ayah... insyallah kalau kita buat baik kepada ibubapa kita , anak2 kita juga akan berbuat baik kepada kita nanti... betul tak..?
sesungguhnya Allah maha Adil..





Related Posts with Thumbnails