Tuesday, June 30, 2009

Peminat Ipin & Upin


Ipin dan upin menjadi fenomena baru kanak2. salah seoran peminat utama upin dan Ipin ialah tak lain tak bukan Muhammad amin. mula2 dulu setiap hari nak tengok upin dan Ipin. tak boleh tengok lap top.

sekarang ni lap top abah pun panggil ipin...

amin ada beberapa pasang baju Ipin. Suka sangat pakai baju pin.. dia juga pantang tengok orang pakai baju ipin.. mesti gi dekat tunjuk kat baju... ipin... ipin..
tak kira kenal ko dok budak tu...

baru2 nie semasa balik kampung.... abah bawa g pasar malam..
tiba2 amin trik tngan Abah.....
Ipin... ipin...ipin..

ingat kan apo citer.. tak nampak pula orang jual baju ipin...
tiba2 .. amin gi peluk seorang budak dari belakang.. terkejut budak tu...
rupanya budak tu pakai baju Ipin...


alahai.. anak abah

Amin Demam


kelmarin muhammad Amin Deman.. deman pada pagi tiba-tiba...
panasnya agak teruk jugak.. patut laaa pagi tu nampak cam sejuk je...
kul 9 is telefon kata amin Deman...
alahai kesiannya..

balik petang tu agak panas jugak... tapi pengasuh kata baru makan ubat.. so tunggu dulu semejak balik kampung ari tu amin payah nak makan ubat.. gara2 makan ubat sakit perut yang begitu tak sedap... rasa hanyir.

petang tu... payah nak makan ubat, so kena paksa laaa sikit... baru leh makan.
petang tu... abah jelon kepala dengan air kasi sejuk sikit... sian nya.. badan panas tapi yang bagusnya Amin tak berona... tapi banyak mulut, dok cakap gitu gini..
benda selalu di sebut... masjid.... minat sungguh ngan masjid
malam tu gi klinik beli ubat deman..
kesian... dah laaa tak lalu makan... nmpak semakin kurus..

risau jugak.. tengok iklan dalam tv...

penyesalan seorang bapa lewat bawa anaknya yang terkena denggi ke hospital..
dia ingatkan deman biasa.. risau gak..

pagi tadi deman lagi.. tapi gaya2 akhirnya makan ubat..
ubat nie sedap sikit.. rasa oren..


petang nie alhamdulillah.. nampak sihat... badan tak panas jo...
sekejap tadi dok menyelit belakang langsir...

abahhhh.... uht...uth...
amin uth.. ith... berak laaa tu...

ok laaa basuh berak amin jap... jap lagi nak bawa gi masjid

Monday, June 29, 2009

Mendidik Anak





Mendidik anak-anak bukan merupakan sesuatu yang mudah... satu tanggungjawab yanga amat berat sekali...dari pemerhatian dan pengalaman abah, kedudukan ibubapa tidak menjamin anak-anak mereka berjaya dan berjurus..


kadang-kadang anak tok Iman pun tak pakai gawai juga..
anak-anak polis pun boleh menjadi penjenayah..
anak-anak cikgu pun tak semestinya berjaya dalam pelajaran
oleh itu walaupun abah dan ummi seorang guru.. abah begitu takut, kalau-kalau tidak dapat mendidik anak2 abah menjadi orang yang berjaya dunia dan akhirat..

abah begitu respect kepada ayah dan Ma abah yang berjaya mendidik anak2 beliau walaupun ayah hanya merupakan seorang tukang kebun.. alhamdulillah empat orang telah berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti.. walaupun seorang tidak dapat ke universiti tetapi perangai pak Dik tiada masalah.., tidak merokok, tidak merayau dan berjurus la jugak.. mungkin ada hikmatnya dia seorang yang gagal ke universiti.. leh teman ayah dan ma kat kampung..
alhamdulillah Pak Dik telah menamatkan zaman bujang baru2 nie..

Walaupun Ayah tidak mengaji Tinggi, tetapi beliau begitu mengambil berat hal agama dan pelajaran anak-anak... abah masih ingat lagi bagaimana Ayah mengejar abah keliling kampung dengan pelepah nyior kerana lewat mandi untuk mengaji Al Quran.. nasib baik di sekat oleh pok Wi, kalau tak dah makan pelepah nyior doh abah masa tu...

abah juga masih ingat bagaimana abang Chik nak kena pukul ko ayah gara2 malas gi ke sekolah disebabkan sudah lewat kerana motor rosak..

dari situ apa yang penting, untuk mendidik anak langkah yang pertama hendaklah perkemaskan Sembahyang dan Mengaji Al Quran dahulu..
zaman Ayah dan Ma dah berakhir so.. sekarang zaman abah mendidik anak-anak abah pulak.



Hadis R. Muslim mengingatkan kita pesanan Rasulullah SAW:

“Suruhlah anak-anakmu mengerjakan solat bila mereka telah berusia 7 tahun, dan pukullah jika meninggalkannya bila mereka telah berumur 10 tahun, dan pisahkanlah mereka di tempat tidur.”


dari hadis tersebut baginda menekankan tentang solat.. kerana solat merupakan tiang agama..
kalau runtuh solat, runtuh laa agama..
jadi abah berazam akan medidik agar anak2 abah dapat sembahyang seawal mungkin...
kalau tak sembahyang, abah tak akan ragu2 pukul anak2 abah jika telah cukup umur..
ingatttt!!!

alhamdulillah, sekarang anak abah muhammad Amin dah pandai mengikut abah sembahyang.. bacaan pun dah ada doh ikut sikit-sikit.. pergerakan dah betul dah cuma sujud tu meniarap terus.. tapi takpo.. baru 2 tahun lebih..

tapi walaubagaimana pun sebagai orang biasa, abah hanya mampu berusaha tetapi
abah tidakakan mampu mendidik anak2 abah jika tidak di izinkan tuhan..

Nabi Nuh pun tidak dapat medidik anaknya mengikutnya..
anak nabi adam juga boleh menjadi pembunuh yang pertama
yang penting abah akan sentiasa berdoa kepada Allah Sentiasa..

ya Allah ya Tuhan ku aku memohon kepada mu agar memberikan kekuatan kepada ku untuk mendidik anak2 ku..
aku memhon kepada mu agar jadikan anak2 yang soleh dan solehah..
aku serahkan anak2 kepada mu ya ALLAH..


apa abah harapkan agar anak2 abah akan menjadi anak2 yang soleh!!
Amin.





Wednesday, June 24, 2009

Pesanan Lukman


Tiada kata seindah doa dan nasihat yang berguna, Lukmanul Hakim adalah seorang hamba pilihan Allah, yang dianugerahi banyak hikmah dan rahsia kehidupan. Pada anaknya Lukmanul Hakim banyak memberi nasihat, yang sarat makna dan rahsia kehidupan,

Lukman al Hakim merupakan manusia yang menjadi contoh dalam mendidik Anak-anak...
sehingga ALLAH rakamkan kisih beliau di dalam Al Quran...
semoga Pesanan Beliau menjadi panduan kepada Abah untuk mendidik Anak-anak..

.

1. Wahai Anakku yang ku sayangi…

Ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam di dalamnya. Bila engkau ingin selamat, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama taqwa, isinya iman dan layarnya adalah tawakkal kepada Allah SWT.

2. Wahai anakku yang ku sayangi…

Sesungguhnya orang-orang yang selalu menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat perjuangan dari Allah. Orang yang insaf dan sedar telah menerima kemuliaaan dari Allah.

3. Wahai anakku yang ku sayangi…

Orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadah dan taat kepada Allah, maka dia bertawadhu’ kepadaNya. Dia akan lebih taat kepada Allah dan selalu berusaha menghindari maksiat.

4. Wahai anakku yang ku sayangi…

Seandainya orang tuamu marah kepadamu (kerana kesalahanmu) maka marahnya orang tuamu itu adalah bagaikan pupuk bagi tanaman.

5. Wahai anakku yang ku sayangi…

Jauhkanlah dirimu dari berhutang kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

6. Wahai anakku yang ku sayangi…

Selalu berharap kepada Allah tentang segala sesuatu yang menyebabkan dirimu tidak derhaka kepada Allah. Takutlah kepadaNya dengan sebenar takut, tentulah engkau akan terlepas sifat putus asa dari rahmat Allah SWT

7. Wahai anakku yang ku sayangi…

Seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seseorang yang telah rosak akhlaknya akan senantiasa melamunkan perkara yang tidak benar, ketahuilah memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah dari mengembalikan nama baik atau kehormatan.

8. Wahai anakku yang ku sayangi…

Engkau telah merasakan betapa berat memindahkan batu itu dan besi yang amat berat tetapi akan berat lagi dari semua itu, adalah apabila kamu mempunyai jiran tetangga yang jahat.

9. Wahai anakku yang ku sayangi…

Janganlah sekali-kali engkau mengirimkan seseorang yang bodoh menjadi utusan. Jika tidak ada orang yang cerdas dan pintar, sebaiknya dirimu sendiri yang menjadi utusan.

10. Wahai anakku yang ku sayangi…

Makanlah makanan bersama orang-orang yang bertakwa dan musyawarahkanlah urusanmu dengan para alim ulama dengan cara memohon nasihat kepadanya

Tuesday, June 23, 2009

Amin & Iman





Orang kata, bukan saya kata... anak pertama kalau ada adik kalau tak cara betul2 dio akan jelous ko adik dio... kalau dia jelous macam2 la dio buat.. untuk tarik perhatian kita. pukul adik laaa, buat onar laaaa... betul ke ?

Amin.... sekarang adah ada adik.... iman.
alhamdulillah laaa... dia tak buat prngai sangat.. tak kerenak adik dia.. tapi nak kata jelous tu ada laa sikit.. sikit.. tapi dak la sangat.. loni dia cuma gi cium joa adik sekali sekala... kadang2 tu g peluk adik ....' sayang adik!!! yang bimbang nya abah takut terpijak kaki@ tangan adik je.. tapi alhamdulillah.. dulu dia suka buat bising sambil melompat tepi adik.. melaung dengan suara yang nyaring... tapi sekarang dah ok... ada laaa sikit2 benda dia buat nak tarik perhatian...
adik Iman Rilek jo.... senyum jo.. tapi sekrang pantang letak meniarap terus...
semakin comel dan sihat...!!

hari ambil pukul 3.30ptg... gi ambil tu dia dok sengih di tepi cermin bersama seorang lagi budak perempuan yang dijaga juga oleh mok Yah... mok Yah dok tengok Iman kot..
semasa nak tunggu semaye.. tiba2 mari kata nak uhh..uhh...( berok laa nie..)
lepas basuh berak ... main air jap mandi-manda..

semasa dok tengah semaye tengok dia dok tuang susu yang tak habis di surat khabar... abah tegor.. buat2 mara.. die tengok... sekarang nie dia semacam dok perati reaksi kita kalau buat sesuatu...
masa nie paling cepat belajar... bagitahu esuatu sekali jo... insyallah ingat terus..


dia Diam... pah tu dia sapu nagan tangan sehingga licin.. abah buat tak tegor.. marah laa konn..
dia tengok dan panggil nama Abah sambil dok sebuk masjid!!! nak ambil perhatian...
dua tiga kali dok panggil... sian laa pulok...

akhirnya abah suruh mari mantak maaf ngan abah n cium tangan.. mari laaa anakanda Amin...
dia reti jugak ore tak suka..

moga2 amin ambil pelajaran dan pengajaran
abah sayang anak2 abah...
sayang ummi juga..


Monday, June 22, 2009

anak-anak abaH





ibubapa yang bekerja tidak boleh lari dari menghantar anak-anak ke rumah pengasuh ataupun pusat asuahan..
muhammad Amin semasa kecil dulu ditinggalkan ke rumah pengasuh selepas 2 bulan...
kakitangan awam begitulaa ceritanya..
sekarang nie 2 beradik nie kitaorng tinggalkan dengan pengasuh..
alhamdulillah, pengasuh dok sebelah rumah jo...

muhammmad Amin dihantar pagi2 lagi ketika abah nak g skolah.. kadang2 sian jgk, baru jo bangaun dah hantar,,, kadang2 mudah jo mengikut, somtimes nak berona gak.. tapi sbelum hantar g beli nasi laa dulu buat bekal... tu yang amin suka sikit tu sekolah..
abah akan ambil amin sejurus balik sekolah.. dengar jo engine kereta atau motor abah dah bersorak bising panggil abah.. sian pulok rasanya.

muhammad iman pulok umminya hantar semasa nak g lbh krg kul 11 pagi... dan ambil kul 6.40 selepas balik sekolah.. alhamdulilah setakat ini berjurus sangat2. Iman menyusu sepenuhnya.. jadi sebelum hantar kena buat bekal susu ibu.. masa nak ambil amin tu, tegok muka iman cerah jo kelih ko abahnya.. sian betul.. nak ambil both 2 beradik nai susah pulok.. so ..
jika difikir2 masa diorang ngan abah dan ummi sikit jo.. amin jumpa jap ngan ummi masa bangun tidur lepas tul kul 6.40 ptg laaa pulok... kul 8.00 pulok kadang2 dah tidur.. berapo jamm laa boleh bermesra ngan ummi... iman pulok jumpa jap nagna abah pagi.. pas tu jmpaa blik kul 6.40 n lepas tu pilok dah tidur... berapa jam laaaa iman bermain2 ngan Abah... kesian betul.. tapi nak buat camna? sabar laaa my son... yang penting Abah dan Ummi sayang Kamu..

sekarang nie ummi try suruh hntar amin lewat... so Amin ada gak masa ngan Ummi.. tapi letih laa sikit nak melyan dua2 serentak.. kerja rumah pun susah sikit nak buat.. tapi takpo, yang penting lebih masa untuk anak2 anak... anak2 yang tengah membesar perlukan belaian yang lebih dari ummi dan abah..

aktiviti petang pulok.. takdok lain, masuk jo asar, terus amin suruh semaye.... semaye.. abah.. semaye.. semaye azam.... haa.. ha... nak sebut asar pelat lagi.. yang penting dio tau doh lepas semaye nak g masjid... Amin minat sangat2 denagn masjid.. setiap hari takdo perkataan lain .. asyik masjid jo... jmpa gamabar masjid siap laaa.. bawa ke hulu hilir laaa.. minta2 laaa dia minat sehinggan ke akhir hayat...

so aktiviti petang.. meround kat masjid.. naik jo masjid terus meniarap.. sujud laa konon2.. tapi Amin sekarang dah pandai mengikut abah dan Ummi semaye.. kmat kumit mulut baca bascaan ikut abah... cuma sujud jo.. kurang betul lagi.. meniarap terus...
alahamdlulillah.. anak abah.. smoga terus istiqamah..
se
ok setakat nie dulu abah akan sambung besok pulok...

Thursday, June 18, 2009

Aku sEORANG aBAH




alhamdulillah....
sekarang nie sudah hampir 4 tahun saya bergelar seorang suami.... suami kepada Pn Ismeehan Bt Daud@ Yusoff. sepanjang 4 tahun juga banyak perkara yang manis yang berlaku dan biasalah ada juga perkara yang agak pahit yang terpaksa di telan.

itulah lumrah rumah tangga. sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri... tapi yang pahit itu jika kita kunyah perlahan-lahan akhirnya akan terhasil sesuatu yang manis.. yang penting selalulah mendekatkan diri kepada ALLAH semoga terus tabah dalam melayari bahtera Rumahtangga...
dan sekarang nie menjadi Abah kepada 2 orang putera tersayang iaitu muhammad Amin dan Muhammad Iman...


Muhammad Amin bin Yusarimi ..
Sekarang ini berusia lebihkurang 2 tahun 2 bulan.. penyeri rumahtangga...
baru pandai bercakap dengan baik... anak yang agak bijak dan pintar..
sekarang ini begitu aktif.. kadang2 letih juga nak melayan tapi kalau takde sekejap sunyi pulak rasa... masalkah sekara ng nie amin tak suka makan.. harapkan susu sahaja... makanan memang tak mahu makan.. kalau aiskrim... mmmm cepat semacam jo..
aku harapkan agar dia menjadi seorang hafiz alquran yang berjaya...

Muhammad Iman bin Yusarimi..
putera yang kedua yang comel..
baru berusia 3 bulan lebih...
baru pandai meniarap.. bising sekali nak meniarap.. sekarang nie letak jo terus berpusing..
alhamdulillah sekarang sihat walfiat
aku juga harapkan anak-anakku menghafal Al Quran ...
yang ALLAH bimbing la daku untuk mendidik anak-anakku ini..


ya allah... ya tuhan ku jadikanlah keluarga kami termasuk dalam golongan yang mendapat keredhaan dan kasih mu ...




Related Posts with Thumbnails