Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Monday, January 4, 2010

lama dah tak menulis

assalamualaikum.....
rasanya lama dah abah bercuti... lama tak menulis..
banyak gak peristiwa yang menarik tetapi abah sibuk sikit...
lagipun line kat kampung tak ok...

so lama laa tak buka internet..

cuti sekolah baru nie abah beraya kat kuala Lumpur... lama dah tak balik.
raya kat bandar nie gitu laaa... masak sendiri dan makan sendiri..

tapi yang menariknya... kat kuala lumpur pun ada la jugak orang buat ibadat korban..
7 ekor lembu berjaya dikorbankan pada hari raya kedua di taman beringin..

saya tengok jo laaa sambil bawa muhammad amin tengok sembelih lembu..

lepas tu raya keempat kitaorang beraya la pulak di Kota bharu dan stay disana selama dua minggu... tak pergi kemana pun... musim hujan.


di kampung laaa kita cuba ajar Muhammad agar tak pakai lagi lampin...
alahamdulillah... dekat seminggu.. akhirnya amin berjaya kencing di tandas.. itu pun setelah 2 kali kencing atas rumah...

tapi waktu malam masih lagi pakai pampers... dan nak berak tak reti lagi nak bagitahu..

ok laaaa... dah jimat sikit pampers..

Friday, November 20, 2009

Iman dah tumbuh Gigi

hari ini... Muhammad Iman dan masuk 8 bulan 20 hari...
Masih belum boleh berjalan lagi... tapi bergantung tu beres dah...
dan amat lasak...

Iman suka sangat kalau boleh pimpin tangn dan bawa berjalan...
mulut sekarang dah bising....

tah...tah... atah...atah.... atah....

sekali sekala tu dengar juga panggil abahhhh....abah..
dan maaa...maaa...
tak tahu dia faham ko dok... ikut panggil je kot!!!

oh yaaa..sekarang iman dan tumbuh gigi dah...
baru sebatang.. gigi bawah...

nampak dok gigi iman????
n sekarang nie dah boleh naik kereta mainan ... dah gagah dah..
cuma kena awasi sikit...

abang?
muhamamd Amin biasa jo...
susah nak makan nasi... puas pujuk.. kalau dia tak mintak
kalau dia betul-betul nak dia akan mintak..
amin laaapaaarrrrrrr!!! nak nasi....!!!
tapi jarang-jarang sekali laaa..
harapkan susu botol jo laaa


nie gambar Iman dan amin... ambil pagi tadi.
nak sama besar doh kan?
cepat anak-anak abah membesar....

Sunday, November 8, 2009

Ummi Kursus

Minggu lepas semasa abah tengah kusyuk menaip di komputer...
ummi hantar mesej..

abang.. saya kena gi kursus nie.. kena ganti cikgu Anuad,
4 hari.. di Kota Bharu!!
31 okt -3 nov 2009...


alahai...
apo cerita pulak!!
biasalaaaa...
kalau suami kena kursus.. takdo la masalah sangat!!
tapi bila isteri kena kursus???
pening jugak!
nak buat guana nie!!

takkan abah nak jaga anak2 abah 4 hari...
kalau amin sorang .. takdok la masalah.. iman??
menyusu badan lagi tu!! susah gak!!

last2 abah pun ambil cuti 3 hari.. balik ke kota bharu juga bersama2 ummi..
habis la cuti abah...
nak buat guana.. terpaksalaaa



jadi Abah dan Sons duduk di Kampung Rumah Ma dan Ayah..
suka sangat laaa orang tua tu...

ambil satu sorang..
Amin dengan Tok Ayah..
Iman Pula ngan Tok Ma



Ummi pulak... berulang dari Rumah ke Hotel setiap hari..

maka terpaksalah abah menjadi Driver..

Amin Pulak suka sangat..
dalam sehari 2,3 kali pergi Masjid ...Round

alhamdulillah...
walaubagaimanapun misi abah pada minggu itu berjaya juga dengan kerjasama dari ma dan Ayah..
terima kasih..

Monday, October 26, 2009

Muhammad Iman yang Aktif






sekarang ini Muhammad Iman dah nak masuk lapan bulan..
sekejap jo.. dah semakin membesar..
perkembangan terkini :

  • Boleh merangkak dengan laju.. terutama kalau nak mengambil sesuatu yang dikehendaki..terutama kalau nampak lap top abah yang dipasang.. alahai sibuk sekali nak tekan..
  • duduk pun dah gagah dah.. tak perlu pegang.
  • suka memanjat. pantang tengok meja nak memanjat.. dah gagah dah  berdiri  tapi kena bergantung lagi kat benda benda.
  • makan sekarang tak laju sangat.. 
  • suka mengacau abang tidur.. kalau dia bangun dahulu dia akan merangkak kacau abang.. buat bising ataupun korek hidung.
  • begitu manja... sudah pandai nak manja2. tidur atas riba, nak bergurau dan sebagainya
  • kalau mengantuk nak tidur dia akan merengek sambil menggaru perutnya yang montel itu...
  • semakin comel dan cute...













Thursday, September 3, 2009

Kesian Amin



amin sekarang ini dah mula nak usik adik...
kadang2 dia seakan -akan geram nak cubit muhammad Iman..
sesekali dia tutup muka adik dengan kain..
ada juga dia tolak walker adik Iman dengan laju..
sampai kena dinding.. terhuyung juga adik..
adik pulak buat dek jo.. abang buat apo apo pun.
mungkin dia rasa tercabar atau cemburu dengan adik Iman.
atau mungkin dia nak kan perhatian yang lebih..

seingat abah..
abah dah cuba bagi perhatian yan cukup kepada Amin...
perbuatan yang sedikit nakal itu sering kali menjadi kemarahan ummi dan abah..
kadang2 sian la pulak...

sebab itu la orang kata mendidik anak ini memerlukan kesabaran..
tapi abah tak tahu nak buat camna...
nak marah... amin tak tahu gapo.. kecil lagi
tak marah... kan takut jadi lebih -lebih pulak.

tapi kadang2 hilang sabar jugak..
kelmarin abah Cubit paha Muhammad Amin..
gara2 kacau adik.. kuat la jugak kena cubit..
meraung kesakitan...
kesian laa pulak.. mari rasa bersalah yang amat..
nak biarkan menangis.. kesian.. abah pun gosok laaa belakang sambil
menyatakan kesalahan dia.. Harap2 amin faham..

apa yang baik tentang Muhammad Amin nie.. dia akan segera minta maaf sambil cium tangan bila lihat kita marah...

nak cium tangan!!! sambil menangis mengambil tangan kita! tak jadi nak marah..
abh ada bercakap2 dgn rakan2 sekerja pasal anak...
budak2 nie macam tu laaa. tu adik tak boleh berjalan lagi . kalau dah sama besar nanti lagi kecoh...
harap2 anak abah menjadi seorang yang berjurus sokmo..
abang sayang Amin... sayang Muhammad Iman Juga.. n Ummi jugak.

Friday, August 28, 2009

anak-anak abah


hari ini iman sudah 6 bulan berada di bumi Allah yang luas ini...
alhamdulillah sihat walfiat..

setakat ini iman sudah pandai menyulur... laju gak.. lebih2 lagi nak kan sesuatu..

makan?
begitu selera sekali... iman suka makan gandum..
ummi suka masak gandum.. kadang2 perisa kismis, perisa kurma dan ada juga perisa pisang.
ummi kata malas nak ajar bagi nestum. dia nak masak sendiri.. biar rasa air tangan ummi..
ikut la ummi... janji ank2 abah sihat dan ceria..

walker...
iman paling suka naik walker..sekarang ni dah laju dah bawa.. baru dapat lesen P. dah boleh pandu arah dah... kadang 2 kena kacau ko Abang Amin.. tolak laju2 laju..
biasala abang..kadang2 nak ambil perhatian.

abng...
biasalaaa... takdok kija lain.. masjid jo laaa..
kelmarrin gi bermain kat masjid.. lari sana, lari sini... last2 jatuh... berdarah lutut dan tangan.. tak menangis pun.. abah balik letak ubat gamat..
makan?
kureng sikit... tak makan mana.. abis banyak pun 2,3 suap..
harapkan susu jo laaa..
takpo laa.... yang penting semuanya sihat sokmo...


Monday, August 24, 2009

Selamat hari lahir!!



hari ini 24 ogos 2009 merupakan hari lahir abah yang ke 29.. Tua dah sikit2. sudah hampir 30 abah hidup di muka bumi ALLAH ini.
tiada buat sambutan apa2.. maklumlah bulan puasa. lagipun sebelum ini pun tak buat apa-apa pun. just saya membuat solat hajat, tanda kesyukuran kepada ALLAH yang masih lagi memberikan aku kehidupan.. terima kasih kepadamu ya ALLAH kerana kurniakan ku keluarga yang bahagia, ibubapa yang baik, isteri yang berjurus dan anak-anak yang comel..

Pada tahun ini pula sempena ramadhan yang berkat ini, abah juga akan membuat solat hajat dan memohon beberapa perkara kepada ALLAH yang maha pemurah lagi maha pengasihani .
  • akan memohon ALLAH panjangkan umur kalau itu lebih baik( kalau panjang umur tapi amalan tak bertambah malahan dosa semakin banyak buat apa. lagipun kalau panjang umur dan menyusahkan orang lagi tak menarik),
  • murahkan rezeki,
  • kurniakan anak-anak yang soleh dan isteri yang menyejuk mata dan solehah,
  • berikan kesihatan yang baik kepada ku dan seluruh ahli keluarga,
  • keluarga yang harmoni dan bahagia dan
  • jadikanlah aku orang yang bersyukur... Amin
semoga tahun ini akau menjadi lebih baik berbanding tahun sebelumnya...

Saturday, August 22, 2009

Selamat Ulang tahun perkahwinan ke 4

pada hari 21 ogos 2009 baru baru nie merupakan hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke -4. Alhamdulillah ... sudah 4 tahun kitaorang menjadi suami isteri dan melayari bahtera rumahtangga.
alhamdulillah juga 4 tahun berkahwin kita telah dikurniakan 2 orang putera yang sempurna, sihat dan comel. terima kasih abang ucapkan kepada isteri abang kerana setia menjadi isteri abang yang solehah dan ibu yang baik.


kitaorang tidak buat apa pun selain solat hajat dan berkhelah bersama keluarga...
berkhelah pun di masjid jo... haaa.. haaa.. maklumlah besok nak puasa...
kitaorang bawa makanan dan berkhelah sambil makan di wakaf masjid... ok laa tu. lagipun tempat yang muhammad Amin paling suka ialah di masjid. puas amin berlari kesana-kesini.
abah ngan ummi pakat-pakat makan nasi dan kuih. Muhammad iman pula kalut dok rebut makanan.

tahun ini kita adakan tema untuk ulangtahun perkahwinan. saje jo sebagai satu misi untuk dicapai..
tema tahun ini ialah " membina generasi Al Qurana" insyallah abah dan ummi akan berusaha agar anak-anak abah pandai membaca al- quran awal-awal lagi. so... abah dan ummi pun kena rajin-rajin baca al quran.. sekurang-kurang khatam setahun sekali.. insyallah..
abah dan ummi ingin sangat agar anak2 abah menjadi seorang hafiz..



ni adalah logo aniversery kami..
dan insyallah tahun depan kita akan pakat2 cari logo dan tema yang sesuai pulak..
semoga ALLAH berikan kebahagian kepada kami dunia dan akhirat... amin

kenangan perkahwinan 4 tahun lalu... rasanya baru jo kahwin...












Wednesday, August 19, 2009

sepetang bersama Abah


Orang kata, jika ayah kena pergi kursus, ini tidak menjadi masalah kerana ummi boleh menjaga anak-anak dirumah.. tapi jika ummi kena pergi kursus, ini akan menjadi masalah yang besar bagi abah/ayah/papa/dady... macammana nak menguruskan anak-anak.. lebih-lebih lagi jika anak kita masih kecil dan menyusu badan. kenapa ya?

hari ahad dan isnin yang lepas, pengasuh Iman bercuti.. pergi rumah anaknya yang bersalin..
so.. ummi terpaksalah bercuti selama dua hari menjaga Iman dan Amin.. Abah? bekerja seperti biasa laa.. tapi pagi selasa kelmarin pengasuh nak cuti lagi ada kecemasan.. mak saudaranya meninggal dunia.. so nak buat ca,mna! cuti ummi dah adasedikit lagi. nak cuti banyak2 kot2 ada kecemasan susah la pulak.. so nak tak nak terpaksa lah bergilir menjaga anak2anda...
ummi bekerja sebelah petang so pagi2 boleh jaga awal . manakala abah pulak terpasa menjaga iman dan amin disebelah petang.. siksa jugak laa.. bukan apa.. tak biasa lagi Iman dan Amin ditinggalkan dengan abah seharian.
alhamdulillah awalnya tiada masalah.. abah jaga jo.. tapi lama2 letih gak.. adik nak tidor, abang amin kacau.. so berjaga lah abah bersama iman dan Amin..
- main walker
- bagi makan
- bagi susu
abih cara nak habiskan masa.. rasa cam lama jom masa berjalan.
last-last Iman menangis merengeh manja..
abah pun bawalah mereka berdua bermain kat luar rumah..
abah tolak Iman dengan kereta sorong..
tersengih Iman suka... lebih2 lagi bila abang Amin datang mengagah..
puas main kejar-kejar abah naik semula . iman menangis balik..
dukung nangis, bagi susu pun nangis letak atas kereta sorong pun nangis gak..
last2 abah duduk diatas buai dan mendodoi iman..
telefon gak ko ummi suruh balik awal sikit..
akhirnya Iman tertidur... mengantuk rupanya.. abang amin masih duduk ditanah bermain tepi longkang.
akhirnya abah bawa masuk dalam untuk diletak diatas tilam.. baru jo nak nyenyak.. tiba2 terjaga pulak.. abang dok buat bising..
semasa abah tepuk iman.. akhirnya ummi pun balik dari kerja..
Iman pun tertidur nyenyak..
rupanya susah gak nak menguruskan rumah tangga..
selama ini Amin dan iman tiada masalah jo duduk dengan ummi..
itulah kelebihan seorang ibu yang menjaga anak-anak dirumah..
terima kasih sayang kerana menjaga anak kita dengan baik..
so... rajin-rajinlah membantu isteri menguruskan keluarga..
ya ALLAH jadikanlah rumahtanggaku setiasa berbahagia sentiasa... amin

Saturday, July 18, 2009

Ma dan Ayah


Terlanjur bercakap tentang ibubapa nie... Abah nak bercerita tentang serba sedikit tentang ibubapa abah. tanpa diorang siapa lah abah.. mungkin tidak menjadi abah, guru dan sebagainya..
terima kasih Ma dan Ayah kerana telah mendidik kami semua. semoga Allah Panjangkan umur dan memberikan kesihatan yang baik untuk sentiasa beribadat kepada mu ya Allah...



ayah...
Nama diberi Md Yusuf bin Abdullah. Seorang tukang kebun di Sk Pasir pekan. sesorang yang bekerja kuat untuk membesarkan anak-anak. sekarang nie beliau sudah berumur 52 tahun dilahirkan pada 9 april 1957 di kg kebakat, wakaf bharu. Tinggal 4 tahun lagi untuk bersara. seorang yang begitu tegas.. bekeng la jugak... kena pukul dan rotan serta kejar tu biasa laaa semasa kecil dahulu.. maklumlaa 4 beradik lelaki yang hampir sebaya... berbalah, bergaduh dan bertengkar tu biasa jo....
seorang yang begitu menyayangi anak2. walaupun kitaorang agak susah pada masa dahulu tetapi kita tak pernah merasa kita nie susah. ini kerana walaupun susah, makanan cukup. ayah akan membeli walaupun terpaksa berhutang jika kitaorang nak makan. pendek kata, jika anak orang lain makan durian.. kita juga dapat makan durian..
pernah satu ketika ayah membeli se' jok' buat pauh( mangga siam) semasa dapat gaji untuk menjamu anak-anak.


Ma...
Nama di beri Jamaliah Binti Ibrahim..seorang ibu yang begitu penyanyang. dilahirkan pada 26 Disember 1962. sekarang ini berumur 47 tahun. masih muda lagi...he..hee . merupakan seorang suri rumah sepenuh masa... sebelum menjadi suri rumah sepenuh masa.. ma bersusah payah telah melakukan berbagai kerja untuk membantu ayah membesarkan kitaorang. pernah ke sawah untuk menanam padi di tengah jerit mentari.. pernah kerja di kantin sekolah..
keluar 6.30 pagi dan 6.30 petang baru balik ke rumah, pernah juga kerja ditempat conteng batik, mengalour batik, kerja buat kuih.. dan macam-macam lagi.. pengorbanan yang begitu besar demi membesarkan anak-anak. last sekali kerja di kilang roti kat kampung. dan alhamdulillah baru berhenti tahun lepas selepas kurang sihat. tu pun setelah beberapa kali suruh berhenti .. ikutkan hatinya nak kerja lagi.. sebab Anak bongsu.. na belum habis lagi belajar di Upsi. sekarang nie baru tahun ke 3.

walaubagaimanapun abah begitu respek kepada ma dan Ayah yang berjaya mendidik anak-anaknya walaupun menempuh satu kehidupan yang agak susah. walaupun tidak berpelajaran tinggi...

alhamdulillah...
terima kasih ma dan Ayah..
pengorbanan mu hanya ALLah yang mampu membalasnya...


Cucu tok Ayah..



kasih sayang ibubapa dengan anak ini, Allah kurniakan begitu kuat... kita akan teringatkan anak2 lebih daripada ibu bapa lagi.. sedangkan ibubapa kita lah yang melahirkan kita... camna boleh jadi begitu ?

Dahulu sewaktu balik kampung.. sampai jo.. mesti kita begitu dirai.. sayangnya ibubapa kepada kita..
tapi sekarang sampai je.. ma dan ayah terus pergi tengok cucu dahulu..
tak tanya doh kita.. masing-masing ambil satu seorang.

semasa Muhammad Amin berseorangan dahulu, dialah yang menjadi intan payung nenek dan datuknya.. dan Muhammad amin begitu manja dengan tok Ayahnya..
asyik berkepit ngan tok ayah sahaja.. ngan tok ma pun tak nak pergi..
maklumlah cucu tok Ayah.. petang2 jo mesti pergi masjid round ngan motorsikal.

lagipun tarik lahir Muhammad Amin dan Tok Ayah adalah sama. Amin dilahirkan pada 9 april 2007 manakala Tok Ayah dilahirkan pada 9 April 1957. lebihan pula amin adalah cucu sulong..
asyik berkepit nagn tok Ayah doh.... sampai jelouse tok Ma dia..


sekarang nie pulok...
Kehadiran Muhammad Iman menambahkan lagi keceriaan
keluarga dikampung.. jadi sekarang ada cucu seorang satu. Muhammad Amin ngan Tok Ayah manakala Muhammad Iman ngan Tok Ma.. dah dapat seorang satu.. takdok jelous doh
sekarang nie boleh dikatakan setiap minggu telefon nak bercakap nagan cucu.. kadang2 bercakap seorang jo.. amin buat kerja lain.. kalau dia nak cakap... bising jo dan kalau dia malas, dia buat tak tahu jo.... iman pulak kalau tunjuk handset.. takdok kerja lain asyik nak kulum jo.. abis air liur kat handset abah..

diorang takpo.. janji boleh dengar suara cucu-cucu kesayangan pun ok dah..
lagipun diorang sunyi gak. dok berduan jo.. anak2 habis keluar. tak lekat kat rumah.
tu laa orang dulu2 kata... anak2 yang ramai nie, ada waktu kechik jo..
bila besar masing-mabsing pakat bawak haluan masing-masing..
tinggal la ma dan ayah jo... berdating!!


kita tidak merasa apa yang dirasa oleh ibubapa kita tetapi insyallah kita akan merasa sepertimana mereka setelah kita melaluinya nanti..
apa yang penting jangan lupa kepada mak dan Ayah... insyallah kalau kita buat baik kepada ibubapa kita , anak2 kita juga akan berbuat baik kepada kita nanti... betul tak..?
sesungguhnya Allah maha Adil..





Saturday, July 11, 2009

cloth Diapers



Sejak ada internet kat umah sekarang nie my mife dan pandai membeli barang2 kat internet...
yang terbaru sekarang nie wife saya membeli pampers/ lampin untuk Iman..
dia kata namanya Cloth Diapers ( CD ) ... lampin untuk bayi..
ini berikutan banyak2 cerita2 diinternet yang menerangkan keburukkan lampin sekarang untuk bayi.. disamping tu dia kata untuk lebih ekonomi...

kalau tengok ko harga saya kata nak ekonomi apo camnie... lebihkurang RM 40 satu helai..
kalau dikira untuk jangkamasa panjang dia kata lebih ekonomix.
lagipun malas nak punggah pampers kat maiden sebulan sekali.. bukan dekat bandar dungun ngan Durian Mas.. ( Rasa cam leh terima reasons nie )
dari penerangannya banyak laa kelebihan.. ikut laa asalkan baik untuk semua.. tapi yang penting abah tak kena usung beli lampin lagi.. bukan sedikit, sekali usung 4 plastik.. amin 2 iman 2.. untuk letak kat rumah dan rumah pengasuh... malu gak ore tengok dan yang lagi penting..dia guna duitnya... haaa.. haa.. haa

tapi yang penting guna CD nie kena rajin basuh laaa... kalau malas, haru biru jadinya..
kalau pampers biasa ... lempar jo...


Iman....?
nampak agak selesa pakai diapers yang baru... rilek jo.. semakin katang ader laaa... senyum sokmo... gerammmmm betul abah... rasa cam nak gigit jo pipi yang gebu itu...
lagipun Cloth disper ini agak comel.. cam seluar doh...

Amin?
amin sekarang nie dah tahun 5 bulan.. rasanya boleh ajar tak pakai lampin dah..
2 , 3 hari nie cuba pakai CD ko Amin sekali... sedang molek.. nampak cam suka jo..
selesa kot.. lagipun boleh ajar-ajar untuk tak pakai lampin kit lagi...

apa-apo pun yang penting anak-anak abah selesa dan sihat sokmo..
terima kasih kepada Ummi yang begitu perihatin untuk Iman dan Amin... sayang Ummi...
i Love u sayang..

Tuesday, June 30, 2009

Amin Demam


kelmarin muhammad Amin Deman.. deman pada pagi tiba-tiba...
panasnya agak teruk jugak.. patut laaa pagi tu nampak cam sejuk je...
kul 9 is telefon kata amin Deman...
alahai kesiannya..

balik petang tu agak panas jugak... tapi pengasuh kata baru makan ubat.. so tunggu dulu semejak balik kampung ari tu amin payah nak makan ubat.. gara2 makan ubat sakit perut yang begitu tak sedap... rasa hanyir.

petang tu... payah nak makan ubat, so kena paksa laaa sikit... baru leh makan.
petang tu... abah jelon kepala dengan air kasi sejuk sikit... sian nya.. badan panas tapi yang bagusnya Amin tak berona... tapi banyak mulut, dok cakap gitu gini..
benda selalu di sebut... masjid.... minat sungguh ngan masjid
malam tu gi klinik beli ubat deman..
kesian... dah laaa tak lalu makan... nmpak semakin kurus..

risau jugak.. tengok iklan dalam tv...

penyesalan seorang bapa lewat bawa anaknya yang terkena denggi ke hospital..
dia ingatkan deman biasa.. risau gak..

pagi tadi deman lagi.. tapi gaya2 akhirnya makan ubat..
ubat nie sedap sikit.. rasa oren..


petang nie alhamdulillah.. nampak sihat... badan tak panas jo...
sekejap tadi dok menyelit belakang langsir...

abahhhh.... uht...uth...
amin uth.. ith... berak laaa tu...

ok laaa basuh berak amin jap... jap lagi nak bawa gi masjid
Related Posts with Thumbnails