Showing posts with label aktiviti. Show all posts
Showing posts with label aktiviti. Show all posts

Wednesday, May 4, 2011

Amin dan Balora

aktiviti petang-petang sekarang nie adalah pergi ke balora ( Balai Orang Ramai durian Mas) bermain di  taman permainan. 2 beradik nie suka sangat pergi kat situ...
hari tu.. sedang Amin dan Iman bermain Jongkang jongkit.. tiba-tiba amin menjerit sambil menangis.. terkejut abah..

abah tengok Peringat ( tebuan Kecil ) penuh sedang menerumuni kepala Amin.. abah pun cepat2 ambil Amin buat lari jauh sikit.. lepas itu pergi amin muhammad Iman pulok..  dan angkat amin sekali.. hahahhaha kalut laa juga..  nasib baik Muhammad Iman tidak apa-apa. abang Amin kena sengat banyak laa juga..

ingatkan ok dah.. tiba2 Amin menjerit pula... rupanya ada 2 ekor peringat dalam seluar..

check2 adalaaa dekat 10 tempat kena sengat...
abah bawa Muhammad amin ke klinik.. tempat kecemasan. takut2 ada alahan.
alhamdulillah tiada apa2 yang berlaku. selepas sapu ubat dan telan ubat.. ok jo..
rupa2nya ada sarang peringat dibawah jongkang jongkit yang amin naik..
nasib ia tak serang Iman...



selepas itu muhammad amin fobia dengan Balora. tiada lagi aktiviti petang dibalora selepas itu...

Sian ko Anak Abah.!!!  sabar jo laaa

Kem di santuari penyu Kerteh..

Pada 24 mei baru nie... kitaorang ke santuari penyu di Kerteh..
ummi mengadakan kem PRS
3 hari dua malam...
so abah bayak laaa anak2 sekali...

hari pertama kena jalan kaki masuk sebab pokok besar tumbang merentasi jalan..
so pakat jalan laaa
ummi , Amin dan Iman.. dekat 2 kilometer gak.. berpeluh laaa juga..
begitulaa juga dengan para peserta... hahhaha memang meriah.



lebih meriah lagi kitaorang berjalan naik pulok selepas makan tengah hari untuk memunggah barang keperluan.. nasib baik jalan selesai dibaiki selepas jam pukul 5.30 petang..
turun 2 kilo di hari pertama... hahahhahahahahaaa

malam pertama kitaorang sempat melihat penyu bertelor...
hahaaaahahaaaa pengalaman yang menarik untuk Amin dan Iman.
berjalan tengah2 malam tepi pantai untuk melihat penyu.
Amin duduk depan sekali dok tengok penyu...
dan mandi pantai di tepi batu...
Amin dan Iman seronok sekali...

tempat agak menarik laaaaa..... cuma bilik guru jo kurang sesuai untuk famili..
terpaksa duduk bilik suku suku...













Saturday, January 15, 2011

sepetang di balora

- ni laaa aktiviti petang abah bersama anak-anak.
gi ambil jo rumah pengasuh mesti jerit balora... balora duluuuuuu... jerit Iman.












Monday, August 9, 2010

kem PERASA

KEM PRS DAN PEMIMPIN PELAJAR ASRAMA
TARIKH      : 5-7OGOS 2010
TEMPAT     : D,TERATAI BEACH RESORT

sekali lagi kitaorang berkampung di rantau Abang ...di d,teratai beach resort laa pulok.



 bersama pengurus d,teratai resort







 solat  berjemaah dan bacaan al mathsurat di tepi pantai yang indah...

 iman dan ummi









 ustaz Muhammad  iman menyampaikan ceramah..


  tazkirah ringkasa oleh ustaz Muhammad Amin


     buat apo tu??

 bermain pasir pantai



melihat penyu belimbing bertelor... rezeki

Friday, July 9, 2010

KEM MEMBURU JAYA pmr 2010

lama dah rasanya abah n famili tok tidur di resort bersama family..
sempena Kem memburu jaya PMR yang berlangsung 3 hari nie. abah n famili makan angin di awang beach resort.. suka sangat Amin dapat main dan mandi dipantai..












Sunday, June 20, 2010

habis dah cuti...............


semalam kitaorang selamat sampai semula ke durian mas setelah 2 minggu bercuti...
kejap je rasanya cuti....
tak sempat nak buat apo2 pun .
jadual penuh dengan majlis kenduri kendara..
banyak yang dirancang tok dapat dilaksanakan..
biasalaa kita merancang tetapi Allah yang menentukan

apa -apa pun sekarang sudah hmpir bulan 7.
peperiksaan spm dan pmr semakin hampir
banyak lagi perkara yang perlu diselesaikan...
ini antara aktiviti semasa cuti...


mandi di pantai seri tujuh

berkehlah.


pakat2 makan chiken chop di dfc pasir pekan



cukur kepala anak saudara..



kenduri kahwin abang Long.. semoga berbahagia selalu




Related Posts with Thumbnails