Showing posts with label renungan. Show all posts
Showing posts with label renungan. Show all posts

Sunday, August 9, 2009

Mendidik Anak Solat

Assalamualaikum...
Artikal ini abah jumpa dalam internet.. tak ingat dah datang dari mana sebab abah suka copy paste jo mana-mana artikal yang menarik dalam fail word. tapi apa yang ingin dikongsikan oleh penulis rasanya boleh dikongsi bersama untuk sama-sama mendidik anak-anak dizaman yang penuh mencabar ini...

Tips solat:

1. Fokuskan minda anak pada ibadat sembahyang sebulan dua bulan sebelum kita mula mengajar dia solat. Beritahu dia baik-baik yang solat tu orang Islam wajib kerjakan. Sebagai kanak-kanak mereka kena berlatih supaya mudah bila sampai masanya nanti.


2.Jangan paksa dia, tapi dorong dan tanamkan dalam jiwa & mindanya

3.Hantar ke sekolah tadika atau KAFA untuk dia fasih membaca bacaan sembahyang spt niat, tahiyyat, iktidal, ruku' dsbnya. Kalau banyak masa, mengajar sendiri lebih afdal.

4.Ajar dan perhatikan dia ambil wudhu'...begitu juga lafaz niat.

5. Beritahu dia Nabi suruh anak-anak berlatih sembahyang dari umur 7 tahun, dan pada umur 10 tahun anak-anak boleh dirotan (sekadar utk mengajar) kalau ingkar dan malas.

6.Belikan dia telekung /songkok yang dia suka.

7.Pada awal latihan solat, biar dia baca kuat-kuat..kita boleh menegur dan memperbetulkan bacaannya waktu itu. Perhatikan pergerakan tubuh dia, ajar cara duduk,qiam, takbir, ruku', sujud dan sbgnya.

8. Jangan limitkan tempat utk dia berlatih memperbaiki bacaan solatnya...pada bila2 masa saja, uji kefasihan dia...sambil aku masak, sambil sikat rambut dia, sambil jalan-jalan dlm kereta suruh dia baca niat solat, surah ayat lazim, tahiyyat dsbnya.

9.Dorong dia dgn pujian kalau dia semakin fasih membaca dan semakin rajin solat. Beritahu Allah sayang dan mak ayah pun sayang sangat2.

10. Ajak dia dan adik beradiknya solat jamaah sama-sama kalau ada kelapangan masa di rumah.

11. Bersabar lihat karenah dia masa peringkat awal mengajar sembahyang...kadang2 tu kita tengah solat pun tak khusyuk sbb dia baca sekuat hati, nak tergelak pun ada kadang tu.

12. Doa pada Allah agar dia tiupkan roh Islam, Iman dan Amal dalam jiwa anak kita.

13. Atur jadual harian dia, ada waktu tengok TV, main, belajar dan solat...pastikan dia tak buat mcm2 alasan...budak-budak biasa arr kadang tu dia cakap sakit kakilah, sakit perutlah...

14.Beritahu dia sifat Allah adalah Maha Melihat dan Maha Mendengar...so, jgn menipu dalam solat walaupun ibu bapa tak nampak ketika tu.

15. 2-3 bulan selepas dia semakin mahir membaca bacaan solat, ajar dia untuk baca pelan-pelan seperti

orang dewasa. Awasi selalu ketika dia solat sbb budak-budak ni cepat lupa...kadang tu solat maghrib pun 2 rakaat jer, tahiyyat awal rakaat ketiga pun ada...biasalah tu.

16.Mula bawa bersama telekung dia kalau ke mana2 mcm kita juga, so kalau jalan jauh, ajak dia solat sekali kat R& R atau masjid/surau.

17.Jangan paksa dia cepat pandai dalam sekelip mata...kena sabar banyak2...Nabi beri tempoh yang cukup dr umur 7 thn ke 10 tahun untuk mahir.....so, 3-4 tahun tu cukup untuk pengisian latihan dan didikan yang berpanjangan..."Practice Makes Perfect".

18. Ibu bapa adalah contoh terbaik anak-anak...jgn suruh dia solat, tapi kita leka tengok TV atau main komputer.

Alhamdulillah, bermula Disember 2008, sehingga kini, Kika telah mula mencintai solat...menitis air mata seorang ibu melihat anaknya solat sendiri dengan bacaan yang jelas ketika waktu Maghrib di Tambun, Ipoh waktu kami bercuti dulu...malah sepupu Kika, Pia (11 thn) terus mendakap dan memeluknya selesai dia mengucapkan salam yg kedua...kepuasan yg aku rasa berganda2 berbanding kegembiraan melihat dia mula pandai membaca 2 tahun dulu...dan satu pengalaman lagi, bila kika membaca doa selepas Subuh, ketika itu aku berada hampir dgn dia...dgn ayat seorang budak,dia memanjatkan doa "rabbigfirli waliwalidaiyaa...warhamhuma kama rabbayani saghira..." dan semakin syahdu bila dia menghadiahkan fatihah...

semoga apa yang dikongsi ini berguna untuk kita semua..

Monday, July 27, 2009

Sembahyanglah kamu!!

"Sembahyanglah kamu sebelumkamu disembahyangkan... "

orang kata kalau nak melentur buluh, biarlah dari rebunnya..
kalau nak mendidik anak, biarlah bermula dari kecil lagi...
abah nak sangat anak abah pandai solat sejak kecil lagi..
harapan abah agar anak abah menjadi seorang al hafiz. anak yang hafaz al quran
insyallah akan dapat memberi syafaat kepada ibubapa mereka..

alhamdulillah seminggu yang lepas, abah telah membawa Muhammad Amin sembahyang di masjid. setakat ini sembahyang asar dan sembahyang isyak...
suka sangat.. orang kata pucuk dicita ulam mendatang..
selepas itu setiap hari mesti mengajak abah datang ke masjid setiap kali azan asar dan isyak... sekaligus ini setidaknya akan memberi kekuatan kepada abah untuk sama2 turun solat berjemaah di masjid. lagipun sekarang ini ada lebih kurang 25 hari lagi nak puasa.
insyallah puasa nanti boleh kita tingkatkan lagi amalan ibadat kita. kadang -kadang nak istiqamah solat dimasjid.


setakat ini.. alhamdulillah, amin mengikut kata.. tidak merengek atau buat kacau di masjid..
dia ikut sama2 solat di belakang..
sesekali kedengaran suara Muhammad Amin yang agak kuat memecahkan suasana.
setiap kali nak pergi kemasjid abah dan Ummi akan pesan...
Amin kalau di masjid jangan Bi SING.... jangan La RIIII... dan Duduk Ju RUSSS..
dia akan sambung apa yang kita cakap bahagian belakang..


ya Allah ya Tuhanku semoga aku istiqamah dalam melakukan ibadah kepada mu..
jadikanlah anak-anakku anak yang soleh..
anak-anak yang taat kepada suruhanmu..
anak yang taat kepada kedua ibubapanya..
berikanlah pertolongan kepadaku dan jadikalah aku termasuk dalam golongan orang yang diredhai olehmu...


Saturday, July 18, 2009

Doa untuk Ibu dan Ayah

DOA UNTUK IBU BAPA
__________________

Ya Allah ya Tuhan ku,
Aku menghulurkan kedua tanganku yang hina ini,
memohon Engkau limpahkan rahmat dan hidayahMu.
Terasa terlalu lemah diri ini tanpa pertolonganMu yaAllah.

Ya Allah
Segala pujian bagiMu Tuhan Sekelian Alam.
Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Tuhan Pemerintah hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan
kepadaMu kamimemohonpertolongan
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus
Jalan orang-orang yang Engkau telah
kurniakan nikmatkeatas mereka
Bukannya jalan orang yang Engkau murkai
dan bukan pula orang-orang yang sesat.

Ya Allah
Ya Zaljalaaliwalikrom
Ampunkan dosa-dosa ku kepada Mu ya Allah.
Aku terlalu lemah dengan godaan syaitan,
aku masih melakukan maksiat walaupun ku tahu ianya
Engkau murkai,
aku masih lalai dalam ibadat walaupun ku tahu ianya
Engkau tuntuti.
Ya Allah, teguhkanlah iman ku, kuatkanlah hatiku,
Kurniakanlah kepadaku hidayahMu, taufiqMu dan
lindunganMu
Jauhilah aku dari segala laranganMu,
Dekatkanlah aku dengan segala suruhanMu,
Tanamlah rasa benci dihatiku kepada maksiat,
Tanamlah rasa cinta dihatiku kepada ibadat.

Ya Allah, Ya Rahim Ya Karim
Jadikanlah aku hambaMu dan umat Muhammad SAW yang
beriman kepadaMu dan
berbakti kepada kedua ibubapaku.
Ya Allah, ampunkanlah dosa kedua ibubapaku
kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku ketika aku kecil
bukakanlah pintu hati mereka untuk beriman kepadaMu
aku terlalu banyak terhutang budi kepada mereka ya Allah
terlalu banyak budi mereka yang ku balas dengan
menyakiti hati mereka

kasih sayang mereka kubalas dengan kata-kata menentang
sedangkan ku tahu,
Engkau melarang menyebut walaupun perkataan "huh"
kepada mereka.
Didikan dan asuhan mereka aku ambil ringan.
Aku lupa ya Allah, berkat usaha, asuhan dan didikan
merekalah aku berjaya
kini, keselesaan sanggup dilupakan ketika mengandungkan aku
kesakitan yang amat sangat sanggup dilalui ketika melahirkan aku
tidur malam mereka aku ganggu
titik peluh mereka basah kering demi membesarkan aku
tidak pernah mereka mengadu letih
tidak pernah mereka mengadu sakit
lauk yang dimulut sanggup mereka luah untuk diberikan kepadaku
harta yang dikumpul sanggup dilepaskan untuk pendidikanku
namun selama ini aku lupa semua itu ya Allah
kerana mereka tidak pernah merungut kepadaku ya Allah
kerana mereka tidak pernah mengadu kepadaku ya Allah

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
dimalam ini aku terkenang semua itu
dimalam ini aku mengadu kepadaMu ya Allah
dimalam ini aku memohon sepenuh hati kepadaMu ya Allah
rahmatilah mereka, ampunilah dosa-dosa mereka,
dan sekiranya ketika ini mereka Engkau siksa didalam
kubur ya Allah
aku memohon agar Engkau hentikanlah ya Allah
aku memohon agar jangan Engkau siksa ibubapaku ya Allah
aku tahu ya Allah mereka terlalu lemah dan tidak mungkin
dapat menahan siksaanMu yang amat pedih itu ya Allah
Perkenankanlah doa ku ini dan jadikanlah ini doa anak yang soleh
yang Engkau janjikan akan diperkenankan ya Allah yaTuhanku.

Maha Suci Allah Yang Maha Besar
Engkau jadikanlah anak-anak ku dari orang-orang yang soleh
yang mendoakan keampunanku daripadaMu ya Allah
jadikanlah mereka sebagai anak kunci pintu syurga ku ya Allah
dan jangan Engkau jadikan mereka anak kunci ku ke nerakaMu
Teguhkanlah iman mereka ya Allah
jauhilah mereka dari siksaMu ya Allah.
Tuhan Sekelian Alam.
Amin.Amin Ya Rabal a'lamin.........

Related Posts with Thumbnails