Monday, July 6, 2009

Ciri-ciri suami yang soleh






  • Suami yang taat dalam melaksanakan perintah serta suruhan Allah dan Rasulnya dan dapat pula membimbing isterinya.
  • Suami yang mampu memberikan nafkah sama ada zahir ataupun batin
  • Suami yang sedia memberikan nasihat, bimbingan, dorongan, didikan dan tunjuk ajar dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawap rumahtangga dan juga terhadap Allah s.w.t
  • Suami yang bijak dalam menyelesaikan permasalahan isteri yang timbul bersama jiran tetangga atau sebagainya.
  • Suami yang dapat memberikan pemerhatian dalam hal keselamatan, kebajikan dan kesihatannya.
  • Suami yang dapat menyediakan tempat tinggal, pakaian dan makanan yang sempurna mengikut kemampuanya
  • Suami yang penyabar dan tidak menggunakan kekerasan dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau untuk mendapatkan sesuatu.
  • Suami yang tidak cemburu buta tanpa asas terhadap isterinya yang mana boleh merosakkan keutuhan rumah tangga mereka.
  • Suami yang sentiasa memberikan kasih sayang, belas kasihan dan pergaulan yang baik terhadap isterinya
  • Suami yang sentiasa menjaga rahsia isterinya dan tidak di dedahkan kepada orang lain
  • Suami yang ikhlas dan jujur serta dapat menepati janji terhadap isteri dan anak-anak.
  • Suami yang menjauhkan diri dari perbuatan maksiat seperti meminum minuman keras, berjudi, berzina, menipu, mencuri dan sebagainya
  • Suami yang dapat memberikan penjagaan dan pemerhatian yang baik terhadap isterinya penjagaan ini meliputi semua hal termasuk kehormatannya
  • Suami mestilah bijak memahami perasaan dan hati isteri sama ada dengan perbuatan atau perkataan, jangan biarkan dirinya dalam keadaan sedih
  • Suami yang sentiasa mengutamakan kebersihan diri, zahir dan batin
  • Suami mestilah menahan dirinya dari bergaul secara bebas dengan wanita lain
  • Suami yang dapat menyelidik secara cermat dan teliti segala hal yang disampaikan oleh orang lain yang berkaitan dengan isterinya.
  • Suami yang bijak dalam memimpin tumah tangganya dengan penuh amanah serta bertanggungjawab.
Ya ALLAH ya tuhan ku...
berikanlah kekuatan kepada ku untuk membimbing ahli keluarga ku...
jadikanlah aku suami yang Soleh

Sunday, July 5, 2009

Kem Rantau Abang




pada hari khamis 2 julai 09 baru nie.. abah n Ummi terlibat dengan Kem Elit Pmr Di Awang's Beach Reasort di Rantau abang... abah telibat sebagai AJK kerohaniah dan keselamatan...
so kena jadi tok iMam dan disuruh tazkirah subuh laaa pulok.
hentam jo laa... cerita sedikit apa-apa yang patut.. nak buat buat gano... cikgu sains..
yang penting sedikit peringatan supaya tak laghro...

my wife pula selaku guru kaunseling juga terlibat sama.. jadi abah dan ummi pun bawa la sekali 2 orang hero-hero kesayangan ke kem rantau Abang...
bertugas sambil makan angin...
muhammad Amin selalu jugak datang sini.. banyak kem2 yang di buat disini..
Muhammad Iman pulak first time sampai di tepi pantai...

yang paling hepi sekali ialah muhammad amin... apa lagi g main kat pantai laa jawabnya...
petang tu dia sempat mandi pantai..
bergolek2 main air ombak..
sempat juga bermain kejar2 ketam..

petang tu pulak Amin gi sembahyang maghrib bersama abah..gi semaye arib... kata amin.. dia duduk belakang sementara abah jadi Imam... selepas sembahyang kitaorang ramai2 baca yasin..
alhamdulillah amin hari tu berkelakuan agak berjurus... abah bagi markah B+.

Adik Iman pulak tidur terlentang dengan nyenyaknya didalam air cond..
bangun2 pagi besok..
makanan pulak agak menarik.. memang makanan di awang nie menarik..
petang tu kitaorang menikmati makanan dengan penuh kusyukkkk..
lauk ayam gulai, udang goreng, ikan keli gorteng pedas dan ikan kerapu sweet sour..
bersama dengan air laici... mmmmmmm..mmm

keesokkan pula hari jumaat, pagi2 lagi kitaorang gi pantai... ejust budak riadah...
tengok matahari yang naik merupakan sesuatu pemandanagn yang begitu indah...

kitaorang balik semula ke durian mas pada jam 3.00 petang..
malam tu akan diganti pula dengan ajk lain pula...

insyallah... kalau panjang umur murah rezeki kitaorang akan pergi lain kali pulak..
amin,,


15 Kesilapan Dalam Mendidik Anak-Anak


15 Kesilapan Dalam Mendidik Anak-Anak


Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hambaNYA. Firman ALLAH s.w.t. : “Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.” (Al-Quran Surah At-Taghabun, 64: 15)

Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabk an. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat. Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda : “Tahukah engkau siapakah orang yang mandul.” Berkata para sahabat : “Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak.” Lalu Rasulullah SAW berkata : “Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia.” (Maksud Al-Hadith )

Ini mungkin disebabkan beberapa kesilapan dalam mendidik anak-anak.

1. Kesilapan pertama : Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah Saidul (penghulu) Istighfar, Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali `Imran, 3 : 8-9), Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali `Imran, 3 : 38) dan Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41). Juga kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al- Quran Surah Al-Baqarah, 2 : 128), Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 : 74) dan Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Kesilapan kedua : Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti : menakutkan anak-anak dengan sekolah, menakutkan dengan tempat gelap, menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau dan menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur

3. Kesilapan ketiga : Tidak tegas dalam mendidik anak-anak: tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak dan terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Kesilapan keempat : Menegur anak secara negative: mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah) dan membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Kesilapan kelima : Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual). Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.

6. Kesilapan keenam : Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. : Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’ : “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata : “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.” (Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Kesilapan ketujuh : Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas. Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

8. Kesilapan kelapan : Susunan rumahtangga yang tidak kemas. Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kesilapan kesembilan : Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Kesilapan kesepuluh : Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak. Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.

11. Kesilapan kesebelas : Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Kesilapan keduabelas : Bertengkar di depan anak-anak. Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.

13. Kesilapan ketigabelas : Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.

14. Kesilapan keempatbelas : Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Kesilapan kelimabelas : Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak. Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.

Tuesday, June 30, 2009

Peminat Ipin & Upin


Ipin dan upin menjadi fenomena baru kanak2. salah seoran peminat utama upin dan Ipin ialah tak lain tak bukan Muhammad amin. mula2 dulu setiap hari nak tengok upin dan Ipin. tak boleh tengok lap top.

sekarang ni lap top abah pun panggil ipin...

amin ada beberapa pasang baju Ipin. Suka sangat pakai baju pin.. dia juga pantang tengok orang pakai baju ipin.. mesti gi dekat tunjuk kat baju... ipin... ipin..
tak kira kenal ko dok budak tu...

baru2 nie semasa balik kampung.... abah bawa g pasar malam..
tiba2 amin trik tngan Abah.....
Ipin... ipin...ipin..

ingat kan apo citer.. tak nampak pula orang jual baju ipin...
tiba2 .. amin gi peluk seorang budak dari belakang.. terkejut budak tu...
rupanya budak tu pakai baju Ipin...


alahai.. anak abah

Amin Demam


kelmarin muhammad Amin Deman.. deman pada pagi tiba-tiba...
panasnya agak teruk jugak.. patut laaa pagi tu nampak cam sejuk je...
kul 9 is telefon kata amin Deman...
alahai kesiannya..

balik petang tu agak panas jugak... tapi pengasuh kata baru makan ubat.. so tunggu dulu semejak balik kampung ari tu amin payah nak makan ubat.. gara2 makan ubat sakit perut yang begitu tak sedap... rasa hanyir.

petang tu... payah nak makan ubat, so kena paksa laaa sikit... baru leh makan.
petang tu... abah jelon kepala dengan air kasi sejuk sikit... sian nya.. badan panas tapi yang bagusnya Amin tak berona... tapi banyak mulut, dok cakap gitu gini..
benda selalu di sebut... masjid.... minat sungguh ngan masjid
malam tu gi klinik beli ubat deman..
kesian... dah laaa tak lalu makan... nmpak semakin kurus..

risau jugak.. tengok iklan dalam tv...

penyesalan seorang bapa lewat bawa anaknya yang terkena denggi ke hospital..
dia ingatkan deman biasa.. risau gak..

pagi tadi deman lagi.. tapi gaya2 akhirnya makan ubat..
ubat nie sedap sikit.. rasa oren..


petang nie alhamdulillah.. nampak sihat... badan tak panas jo...
sekejap tadi dok menyelit belakang langsir...

abahhhh.... uht...uth...
amin uth.. ith... berak laaa tu...

ok laaa basuh berak amin jap... jap lagi nak bawa gi masjid

Monday, June 29, 2009

Mendidik Anak





Mendidik anak-anak bukan merupakan sesuatu yang mudah... satu tanggungjawab yanga amat berat sekali...dari pemerhatian dan pengalaman abah, kedudukan ibubapa tidak menjamin anak-anak mereka berjaya dan berjurus..


kadang-kadang anak tok Iman pun tak pakai gawai juga..
anak-anak polis pun boleh menjadi penjenayah..
anak-anak cikgu pun tak semestinya berjaya dalam pelajaran
oleh itu walaupun abah dan ummi seorang guru.. abah begitu takut, kalau-kalau tidak dapat mendidik anak2 abah menjadi orang yang berjaya dunia dan akhirat..

abah begitu respect kepada ayah dan Ma abah yang berjaya mendidik anak2 beliau walaupun ayah hanya merupakan seorang tukang kebun.. alhamdulillah empat orang telah berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti.. walaupun seorang tidak dapat ke universiti tetapi perangai pak Dik tiada masalah.., tidak merokok, tidak merayau dan berjurus la jugak.. mungkin ada hikmatnya dia seorang yang gagal ke universiti.. leh teman ayah dan ma kat kampung..
alhamdulillah Pak Dik telah menamatkan zaman bujang baru2 nie..

Walaupun Ayah tidak mengaji Tinggi, tetapi beliau begitu mengambil berat hal agama dan pelajaran anak-anak... abah masih ingat lagi bagaimana Ayah mengejar abah keliling kampung dengan pelepah nyior kerana lewat mandi untuk mengaji Al Quran.. nasib baik di sekat oleh pok Wi, kalau tak dah makan pelepah nyior doh abah masa tu...

abah juga masih ingat bagaimana abang Chik nak kena pukul ko ayah gara2 malas gi ke sekolah disebabkan sudah lewat kerana motor rosak..

dari situ apa yang penting, untuk mendidik anak langkah yang pertama hendaklah perkemaskan Sembahyang dan Mengaji Al Quran dahulu..
zaman Ayah dan Ma dah berakhir so.. sekarang zaman abah mendidik anak-anak abah pulak.



Hadis R. Muslim mengingatkan kita pesanan Rasulullah SAW:

“Suruhlah anak-anakmu mengerjakan solat bila mereka telah berusia 7 tahun, dan pukullah jika meninggalkannya bila mereka telah berumur 10 tahun, dan pisahkanlah mereka di tempat tidur.”


dari hadis tersebut baginda menekankan tentang solat.. kerana solat merupakan tiang agama..
kalau runtuh solat, runtuh laa agama..
jadi abah berazam akan medidik agar anak2 abah dapat sembahyang seawal mungkin...
kalau tak sembahyang, abah tak akan ragu2 pukul anak2 abah jika telah cukup umur..
ingatttt!!!

alhamdulillah, sekarang anak abah muhammad Amin dah pandai mengikut abah sembahyang.. bacaan pun dah ada doh ikut sikit-sikit.. pergerakan dah betul dah cuma sujud tu meniarap terus.. tapi takpo.. baru 2 tahun lebih..

tapi walaubagaimana pun sebagai orang biasa, abah hanya mampu berusaha tetapi
abah tidakakan mampu mendidik anak2 abah jika tidak di izinkan tuhan..

Nabi Nuh pun tidak dapat medidik anaknya mengikutnya..
anak nabi adam juga boleh menjadi pembunuh yang pertama
yang penting abah akan sentiasa berdoa kepada Allah Sentiasa..

ya Allah ya Tuhan ku aku memohon kepada mu agar memberikan kekuatan kepada ku untuk mendidik anak2 ku..
aku memhon kepada mu agar jadikan anak2 yang soleh dan solehah..
aku serahkan anak2 kepada mu ya ALLAH..


apa abah harapkan agar anak2 abah akan menjadi anak2 yang soleh!!
Amin.





Wednesday, June 24, 2009

Pesanan Lukman


Tiada kata seindah doa dan nasihat yang berguna, Lukmanul Hakim adalah seorang hamba pilihan Allah, yang dianugerahi banyak hikmah dan rahsia kehidupan. Pada anaknya Lukmanul Hakim banyak memberi nasihat, yang sarat makna dan rahsia kehidupan,

Lukman al Hakim merupakan manusia yang menjadi contoh dalam mendidik Anak-anak...
sehingga ALLAH rakamkan kisih beliau di dalam Al Quran...
semoga Pesanan Beliau menjadi panduan kepada Abah untuk mendidik Anak-anak..

.

1. Wahai Anakku yang ku sayangi…

Ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam di dalamnya. Bila engkau ingin selamat, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama taqwa, isinya iman dan layarnya adalah tawakkal kepada Allah SWT.

2. Wahai anakku yang ku sayangi…

Sesungguhnya orang-orang yang selalu menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat perjuangan dari Allah. Orang yang insaf dan sedar telah menerima kemuliaaan dari Allah.

3. Wahai anakku yang ku sayangi…

Orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadah dan taat kepada Allah, maka dia bertawadhu’ kepadaNya. Dia akan lebih taat kepada Allah dan selalu berusaha menghindari maksiat.

4. Wahai anakku yang ku sayangi…

Seandainya orang tuamu marah kepadamu (kerana kesalahanmu) maka marahnya orang tuamu itu adalah bagaikan pupuk bagi tanaman.

5. Wahai anakku yang ku sayangi…

Jauhkanlah dirimu dari berhutang kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

6. Wahai anakku yang ku sayangi…

Selalu berharap kepada Allah tentang segala sesuatu yang menyebabkan dirimu tidak derhaka kepada Allah. Takutlah kepadaNya dengan sebenar takut, tentulah engkau akan terlepas sifat putus asa dari rahmat Allah SWT

7. Wahai anakku yang ku sayangi…

Seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seseorang yang telah rosak akhlaknya akan senantiasa melamunkan perkara yang tidak benar, ketahuilah memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah dari mengembalikan nama baik atau kehormatan.

8. Wahai anakku yang ku sayangi…

Engkau telah merasakan betapa berat memindahkan batu itu dan besi yang amat berat tetapi akan berat lagi dari semua itu, adalah apabila kamu mempunyai jiran tetangga yang jahat.

9. Wahai anakku yang ku sayangi…

Janganlah sekali-kali engkau mengirimkan seseorang yang bodoh menjadi utusan. Jika tidak ada orang yang cerdas dan pintar, sebaiknya dirimu sendiri yang menjadi utusan.

10. Wahai anakku yang ku sayangi…

Makanlah makanan bersama orang-orang yang bertakwa dan musyawarahkanlah urusanmu dengan para alim ulama dengan cara memohon nasihat kepadanya

Related Posts with Thumbnails