Monday, February 28, 2011

Muhammad Amin Ke Pasti

Bermula bulan Februari abah n ummi bercadang menghantar anak abah ke pasti. sebab melihat kepada silibus PASTI begitu baik untuk pendidikan anak-anak. abah rasakan itulah yang terbaik untuk anak-anak abah dan Abah harap sangat anak-anak abah akan menjadi seorang hafiz apabila besar nanti. sebab itu laaa kitaorang berpakat untuk hantar amin ke PASTI untuk membiasakan diri dengan pelajaran Agama. yang keduanya boleh jimat sikit sebab yuran di TASKA meningkat kepada RM 180 sebulan.

Reaksi awalnya dari Muhammad Amin adalah kurang berminat apabila melihat sekolah PASTI yang agak daif jika dibangdingkan dengan sekolah TASKA. Di Taska macam2 ada. kitaorang faham.. begitulah susahnya kita manusia nak berhijrah dari keadaan yang selesa kepada yang kurang selesa walaupun yang kurang selesa itulah yang terbaik untuk kita..  Pada hari pertama pertama terpaksa tunggu sekejap dan amin menangis setelah di tinggalkan oleh Ummi. tapi cikgu cakap tok laa lama mana menangis...

harap anak Abah dapat membiasakan diri dengan Baik... I love You....


Friday, February 25, 2011

Muhammad Amin- Selamat tinggal Pampers


sekarang ini sudah 3 bulan muhammad Amin tidak memerlukan pampers lagi. tapi waktu malam abah terpaksa pakaikan juga takut basah habis tilam. susah nak basuh. Alhamdulillah.... sempena dengan beli mesin basuh yang baru nie... ( 12 Kg) ummi dan abah berusaha untuk melatih Amin buang terus pampers. setelah berpenat lelah usaha selama seminggu, akhirnya sekarang amin sudah tidak memerlukan pampers lagi walaupun waktu malam.. tapi setiap malam kena kencing dulu laa sebelum tidur,... kalau tak.. basah berjeruk juga laaa... tahniah kepada anakanda muhammad Amin...
yang penting tak la susah payah abah kena beli pampers lagi..
sedikit masa lagi Muhammad iman akan mengikut jejak langkah abang ye..
sekarang nie pun dah pandai kencing dalam tandas..
bagus, bagus, bagus anak-anak abah ek!!


Tuesday, February 15, 2011

Kasihan Ummi....

Awal tahun ini Ummi begitu gembira setelah mengetahui positif mengandung...
famili kat kampung tak tau pun  sebab cadang2 nak buat suprise. ummi teringin sangat mendapatkan anak perempuan.. Askar Abah ada 2 orang dah..
kalau ikutkan pengiraan... dapat bulan ogos lahirlaaa...

tapi kita merancang... Allah jua yang menentukan segalanya...
pada birthday Ummi baru nie... ditakdirkan ummi mengalami keguguran..
sabar ye Ummi..... Allah bersama-sama orang yang sabar..
yang penting Allah berikan kesihatan yang baik...
dah tak ada rezeki... nak buat guano....
yang penting... Abang, muhammad Amin dan Muhammad Iman bersama Ummi...

Thursday, January 20, 2011

Muhammad Iman and breastfeeding

Ummi bercadang untuk melepaskan  breastfeeding  iman  setelah cukup 2 tahun.
mungkin satu hikmat ummi keguguran ialah Muhammad Iman berjaya tidak menyusu badan lagi..
setelah Bleeding ummi telah menyapu pewarna sirap untuk menakutkan.. alhamdulillah iman dengan mudahnya tidak mahu menyusu lagi..
tapi malam pertama tu agak susah jugak laa seorang budak untuk lari dari runtin biasa. tidur dengan abah. malam pertama tu bangun tengah malam bermain. cerah mata laaa pulak. hampir 4 hari iman berjaga malam setelah minum susu botol. alhamdulillah  sekarang ini sudah kembali baik. yang pentingnyaa abh pulok menjadi tukang buat susu... maklumlah dah tidur ngan abah.. jadi anak abah laaaa.

tahniah anak abah..!!!

Saturday, January 15, 2011

sepetang di balora

- ni laaa aktiviti petang abah bersama anak-anak.
gi ambil jo rumah pengasuh mesti jerit balora... balora duluuuuuu... jerit Iman.












Monday, December 27, 2010

KEmbali semula ke AMBS

Pada 25 /12 hari nie saya kembali semula ke Dmas setelah sebulan bercuti..
alhamdulillah selamat sampai pada jam 5.30 petang setelah 5 jam perjalanan. perjalanan alhamdulillah tiada masalah.. hero 2 orang pun ok je..
percutian kali nie sangat menarik :
 - percutian yang panjang.. tak kena jaga perekso, tak tanda kertas.. rileks jo.
 - tak payah berulang ke kuala lumpur... mak n ayah mertua dah balik ke kampung.. cuma berulang dari kebakat
    ke bunut payung je. 15 minit perjalanan.
- cuaca pun ok... tak banjir laaa





Wednesday, December 22, 2010

Menikmati Chiken chop di DFC

sekarang nie kedai2 ala KFC sudah banyak yang muncul... kat kelantan bayak pilihan malahan setanding dengan KFC.  Ada DFC , AFC ataupun MFC pun ada . so takdok sebab kita tak boleh boikot KFC yang merupakan syarikat yang menyokong israel...
selepas majlis kahwin baru nie... pengantin ( Chik ) menunaikan janjinya untuk belanja kitaorang semua ChikenChop di DFC pasir Pekan..  terima Kasih daun keladi... kalau boleh belanja la lagi...












Related Posts with Thumbnails