Saturday, September 26, 2009

SELAMAT HARI RAYA





sepanajAng cuti raya nie dah seminggu rasanya abah tidak membuka internet.. maklumlah sibuk sikit dan line tak clear.. tak boleh nak buka.. rasanya masih tidak terlambat lagi abah nak ucapkan selamat hari aya kepada semua yang mengenali abah.. dan abah juga memohon ampun dan maaf jika ada kesalahan yang disengajakan ataupun abah tidak sengaja...

pada tahun ini abah beraya dikampung abah . dikampun Kebakat.... nak berulang balik ke KL rasanya  malas nak bawa kereta. alhamdulillah isteri abah tersayang tiada masalah. abah cuma sempat balik ke kuala lumpur di awal puasa sahaja.. sempatlaa puasa 3 hari kat sana.. lagipun insyallah papa dan mama abah dah nak balik kekampung dah pada tahun ini.

disini abah masukkan beberapa gambar dihari raya  bersama keluarga.. tak sempat ambil banyak.. batri habis.. lupa nak cas.
































Thursday, September 3, 2009

Kesian Amin



amin sekarang ini dah mula nak usik adik...
kadang2 dia seakan -akan geram nak cubit muhammad Iman..
sesekali dia tutup muka adik dengan kain..
ada juga dia tolak walker adik Iman dengan laju..
sampai kena dinding.. terhuyung juga adik..
adik pulak buat dek jo.. abang buat apo apo pun.
mungkin dia rasa tercabar atau cemburu dengan adik Iman.
atau mungkin dia nak kan perhatian yang lebih..

seingat abah..
abah dah cuba bagi perhatian yan cukup kepada Amin...
perbuatan yang sedikit nakal itu sering kali menjadi kemarahan ummi dan abah..
kadang2 sian la pulak...

sebab itu la orang kata mendidik anak ini memerlukan kesabaran..
tapi abah tak tahu nak buat camna...
nak marah... amin tak tahu gapo.. kecil lagi
tak marah... kan takut jadi lebih -lebih pulak.

tapi kadang2 hilang sabar jugak..
kelmarin abah Cubit paha Muhammad Amin..
gara2 kacau adik.. kuat la jugak kena cubit..
meraung kesakitan...
kesian laa pulak.. mari rasa bersalah yang amat..
nak biarkan menangis.. kesian.. abah pun gosok laaa belakang sambil
menyatakan kesalahan dia.. Harap2 amin faham..

apa yang baik tentang Muhammad Amin nie.. dia akan segera minta maaf sambil cium tangan bila lihat kita marah...

nak cium tangan!!! sambil menangis mengambil tangan kita! tak jadi nak marah..
abh ada bercakap2 dgn rakan2 sekerja pasal anak...
budak2 nie macam tu laaa. tu adik tak boleh berjalan lagi . kalau dah sama besar nanti lagi kecoh...
harap2 anak abah menjadi seorang yang berjurus sokmo..
abang sayang Amin... sayang Muhammad Iman Juga.. n Ummi jugak.

Friday, August 28, 2009

anak-anak abah


hari ini iman sudah 6 bulan berada di bumi Allah yang luas ini...
alhamdulillah sihat walfiat..

setakat ini iman sudah pandai menyulur... laju gak.. lebih2 lagi nak kan sesuatu..

makan?
begitu selera sekali... iman suka makan gandum..
ummi suka masak gandum.. kadang2 perisa kismis, perisa kurma dan ada juga perisa pisang.
ummi kata malas nak ajar bagi nestum. dia nak masak sendiri.. biar rasa air tangan ummi..
ikut la ummi... janji ank2 abah sihat dan ceria..

walker...
iman paling suka naik walker..sekarang ni dah laju dah bawa.. baru dapat lesen P. dah boleh pandu arah dah... kadang 2 kena kacau ko Abang Amin.. tolak laju2 laju..
biasala abang..kadang2 nak ambil perhatian.

abng...
biasalaaa... takdok kija lain.. masjid jo laaa..
kelmarrin gi bermain kat masjid.. lari sana, lari sini... last2 jatuh... berdarah lutut dan tangan.. tak menangis pun.. abah balik letak ubat gamat..
makan?
kureng sikit... tak makan mana.. abis banyak pun 2,3 suap..
harapkan susu jo laaa..
takpo laa.... yang penting semuanya sihat sokmo...


Wednesday, August 26, 2009

alahai cuti.........


tut...tut.. hari nie dah hari rabu.... nak abis dah cuti sekolah..
alahai baru rasanya cuti..
sekarang ini dok d kl lagi.. nk bertolak balik jap lagi..
esok ada periksa PTK...

Tapi abah tak leh ambil... 2 siri kena blacklist. gara2 tak prgi pereksa bulan 5 baru nie..
nak buat gano dah nasib badan..

malasnya nak ke sekolah ...

tapi budak2 nak pereksa dah..
kena pecut lebih sikit...

Monday, August 24, 2009

Selamat hari lahir!!



hari ini 24 ogos 2009 merupakan hari lahir abah yang ke 29.. Tua dah sikit2. sudah hampir 30 abah hidup di muka bumi ALLAH ini.
tiada buat sambutan apa2.. maklumlah bulan puasa. lagipun sebelum ini pun tak buat apa-apa pun. just saya membuat solat hajat, tanda kesyukuran kepada ALLAH yang masih lagi memberikan aku kehidupan.. terima kasih kepadamu ya ALLAH kerana kurniakan ku keluarga yang bahagia, ibubapa yang baik, isteri yang berjurus dan anak-anak yang comel..

Pada tahun ini pula sempena ramadhan yang berkat ini, abah juga akan membuat solat hajat dan memohon beberapa perkara kepada ALLAH yang maha pemurah lagi maha pengasihani .
  • akan memohon ALLAH panjangkan umur kalau itu lebih baik( kalau panjang umur tapi amalan tak bertambah malahan dosa semakin banyak buat apa. lagipun kalau panjang umur dan menyusahkan orang lagi tak menarik),
  • murahkan rezeki,
  • kurniakan anak-anak yang soleh dan isteri yang menyejuk mata dan solehah,
  • berikan kesihatan yang baik kepada ku dan seluruh ahli keluarga,
  • keluarga yang harmoni dan bahagia dan
  • jadikanlah aku orang yang bersyukur... Amin
semoga tahun ini akau menjadi lebih baik berbanding tahun sebelumnya...

Sunday, August 23, 2009

selamat menyambut ramadhan

selamat menyambut bulan ramadhan. selamat berpuasa dari Abah, Ummi, muhammad Amin dan Muhammad Iman sekeluarga..


Saturday, August 22, 2009

Selamat Ulang tahun perkahwinan ke 4

pada hari 21 ogos 2009 baru baru nie merupakan hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke -4. Alhamdulillah ... sudah 4 tahun kitaorang menjadi suami isteri dan melayari bahtera rumahtangga.
alhamdulillah juga 4 tahun berkahwin kita telah dikurniakan 2 orang putera yang sempurna, sihat dan comel. terima kasih abang ucapkan kepada isteri abang kerana setia menjadi isteri abang yang solehah dan ibu yang baik.


kitaorang tidak buat apa pun selain solat hajat dan berkhelah bersama keluarga...
berkhelah pun di masjid jo... haaa.. haaa.. maklumlah besok nak puasa...
kitaorang bawa makanan dan berkhelah sambil makan di wakaf masjid... ok laa tu. lagipun tempat yang muhammad Amin paling suka ialah di masjid. puas amin berlari kesana-kesini.
abah ngan ummi pakat-pakat makan nasi dan kuih. Muhammad iman pula kalut dok rebut makanan.

tahun ini kita adakan tema untuk ulangtahun perkahwinan. saje jo sebagai satu misi untuk dicapai..
tema tahun ini ialah " membina generasi Al Qurana" insyallah abah dan ummi akan berusaha agar anak-anak abah pandai membaca al- quran awal-awal lagi. so... abah dan ummi pun kena rajin-rajin baca al quran.. sekurang-kurang khatam setahun sekali.. insyallah..
abah dan ummi ingin sangat agar anak2 abah menjadi seorang hafiz..



ni adalah logo aniversery kami..
dan insyallah tahun depan kita akan pakat2 cari logo dan tema yang sesuai pulak..
semoga ALLAH berikan kebahagian kepada kami dunia dan akhirat... amin

kenangan perkahwinan 4 tahun lalu... rasanya baru jo kahwin...












Related Posts with Thumbnails