alhamdulillah juga 4 tahun berkahwin kita telah dikurniakan 2 orang putera yang sempurna, sihat dan comel. terima kasih abang ucapkan kepada isteri abang kerana setia menjadi isteri abang yang solehah dan ibu yang baik.
kitaorang tidak buat apa pun selain solat hajat dan berkhelah bersama keluarga...
berkhelah pun di masjid jo... haaa.. haaa.. maklumlah besok nak puasa...
kitaorang bawa makanan dan berkhelah sambil makan di wakaf masjid... ok laa tu. lagipun tempat yang muhammad Amin paling suka ialah di masjid. puas amin berlari kesana-kesini.
abah ngan ummi pakat-pakat makan nasi dan kuih. Muhammad iman pula kalut dok rebut makanan.
tahun ini kita adakan tema untuk ulangtahun perkahwinan. saje jo sebagai satu misi untuk dicapai..
tema tahun ini ialah " membina generasi Al Qurana" insyallah abah dan ummi akan berusaha agar anak-anak abah pandai membaca al- quran awal-awal lagi. so... abah dan ummi pun kena rajin-rajin baca al quran.. sekurang-kurang khatam setahun sekali.. insyallah..
abah dan ummi ingin sangat agar anak2 abah menjadi seorang hafiz..
ni adalah logo aniversery kami..
dan insyallah tahun depan kita akan pakat2 cari logo dan tema yang sesuai pulak..
semoga ALLAH berikan kebahagian kepada kami dunia dan akhirat... amin
kenangan perkahwinan 4 tahun lalu... rasanya baru jo kahwin...
No comments:
Post a Comment