Monday, August 24, 2009

Selamat hari lahir!!



hari ini 24 ogos 2009 merupakan hari lahir abah yang ke 29.. Tua dah sikit2. sudah hampir 30 abah hidup di muka bumi ALLAH ini.
tiada buat sambutan apa2.. maklumlah bulan puasa. lagipun sebelum ini pun tak buat apa-apa pun. just saya membuat solat hajat, tanda kesyukuran kepada ALLAH yang masih lagi memberikan aku kehidupan.. terima kasih kepadamu ya ALLAH kerana kurniakan ku keluarga yang bahagia, ibubapa yang baik, isteri yang berjurus dan anak-anak yang comel..

Pada tahun ini pula sempena ramadhan yang berkat ini, abah juga akan membuat solat hajat dan memohon beberapa perkara kepada ALLAH yang maha pemurah lagi maha pengasihani .
  • akan memohon ALLAH panjangkan umur kalau itu lebih baik( kalau panjang umur tapi amalan tak bertambah malahan dosa semakin banyak buat apa. lagipun kalau panjang umur dan menyusahkan orang lagi tak menarik),
  • murahkan rezeki,
  • kurniakan anak-anak yang soleh dan isteri yang menyejuk mata dan solehah,
  • berikan kesihatan yang baik kepada ku dan seluruh ahli keluarga,
  • keluarga yang harmoni dan bahagia dan
  • jadikanlah aku orang yang bersyukur... Amin
semoga tahun ini akau menjadi lebih baik berbanding tahun sebelumnya...

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails