Orang kata, jika ayah kena pergi kursus, ini tidak menjadi masalah kerana ummi boleh menjaga anak-anak dirumah.. tapi jika ummi kena pergi kursus, ini akan menjadi masalah yang besar bagi abah/ayah/papa/dady... macammana nak menguruskan anak-anak.. lebih-lebih lagi jika anak kita masih kecil dan menyusu badan. kenapa ya?
hari ahad dan isnin yang lepas, pengasuh Iman bercuti.. pergi rumah anaknya yang bersalin..
so.. ummi terpaksalah bercuti selama dua hari menjaga Iman dan Amin.. Abah? bekerja seperti biasa laa.. tapi pagi selasa kelmarin pengasuh nak cuti lagi ada kecemasan.. mak saudaranya meninggal dunia.. so nak buat ca,mna! cuti ummi dah adasedikit lagi. nak cuti banyak2 kot2 ada kecemasan susah la pulak.. so nak tak nak terpaksa lah bergilir menjaga anak2anda...
ummi bekerja sebelah petang so pagi2 boleh jaga awal . manakala abah pulak terpasa menjaga iman dan amin disebelah petang.. siksa jugak laa.. bukan apa.. tak biasa lagi Iman dan Amin ditinggalkan dengan abah seharian.
alhamdulillah awalnya tiada masalah.. abah jaga jo.. tapi lama2 letih gak.. adik nak tidor, abang amin kacau.. so berjaga lah abah bersama iman dan Amin..
- main walker
- bagi makan
- bagi susu
abih cara nak habiskan masa.. rasa cam lama jom masa berjalan.
last-last Iman menangis merengeh manja..
abah pun bawalah mereka berdua bermain kat luar rumah..
abah tolak Iman dengan kereta sorong..
tersengih Iman suka... lebih2 lagi bila abang Amin datang mengagah..
puas main kejar-kejar abah naik semula . iman menangis balik..
dukung nangis, bagi susu pun nangis letak atas kereta sorong pun nangis gak..
last2 abah duduk diatas buai dan mendodoi iman..
telefon gak ko ummi suruh balik awal sikit..
akhirnya Iman tertidur... mengantuk rupanya.. abang amin masih duduk ditanah bermain tepi longkang.
akhirnya abah bawa masuk dalam untuk diletak diatas tilam.. baru jo nak nyenyak.. tiba2 terjaga pulak.. abang dok buat bising..
semasa abah tepuk iman.. akhirnya ummi pun balik dari kerja..
Iman pun tertidur nyenyak..
rupanya susah gak nak menguruskan rumah tangga..
selama ini Amin dan iman tiada masalah jo duduk dengan ummi..
itulah kelebihan seorang ibu yang menjaga anak-anak dirumah..
terima kasih sayang kerana menjaga anak kita dengan baik..
so... rajin-rajinlah membantu isteri menguruskan keluarga..
ya ALLAH jadikanlah rumahtanggaku setiasa berbahagia sentiasa... amin
No comments:
Post a Comment